Pelakon versatile, Noorkhiriah berdepan detik cemas dan menyeramkan apabila secara tiba-tiba terhidu bau kapur barus ketika sedang memandu kereta.
Kata Khiriah atau nama penuhnya, Noorkhiriah Ahmad Shapie, 49, kejadian berlaku pada waktu siang ketika dia dalam perjalanan pulang.
Meskipun takut, dia tetap memberanikan diri meneruskan perjalanan selama hampir satu jam dek kerana pada ketika itu jalan raya mengalami kesesakan teruk.
Apa yang lebih menakutkan, ketika aktres itu hendak memasang ayat-ayat al-Quran, radio secara kebetulan menyiarkan iklan.
“Bau kapur barus ikut balik. Kau orang boleh bayangkan seseorang bawa kereta, hujan, jalan sesak tiba-tiba bau kapur barus melekat dekat hidung. Bukan tengah malam tapi tengah jalan. Nak berhenti celah mana, jam sangat.
“Nak tak nak kena teruskan perjalanan, bawa kereta memang tak pandang cermin belakang. Jantung laju macam nak terbang. Lutut gigil, bau makin lama, makin kuat tapi tak busuk.
“Last-last buka lampu, buka tingkap, dada melekat dekat stereng kereta sebab memandu secara membongkok. Seram!
“Sampai highway duke bau hilang. Hampir satu jam berlawan dengan bau. Pasang mengaji boleh pula dia iklan. Serba tak kena. Sudahnya cuba pura-pura tak jadi apa-apa.
“Tarik nafas, senyum, zikir dari lapar terus kenyang,” katanya.
Perkara itu dikongsi Khiriah menerusi hantaran di Instagram Stroy miliknya.

Dalam pada itu, Khiriah menasihatkan agar orang di luar sana tidak memandu secara berseorangan kerana kejadian seperti itu tidak dijangka akan terjadi.
“Siapa yang belum kena jangan minta kena. Dan siapa yang dah kena macam saya, minta dijauhkan.
“Jangan memandu secara berseorangan seeloknya ada teman apa-apa jadi senang.
“Memang pengajaran betul, benda nak jadi dia tak ada bagi warning. Selama hari ini bawa kereta sampai utara, selatan tak ada jadi apa-apa,” kongsinya.





