Penyanyi senior, Nora Ariffin kongsi video suami lafaz cerai talak satu terhadap dirinya dengan menyatakan bahawa tindakan tersebut dibuat kerana Allah S.W.T.
Menerusi muat naik tersebut, suami kepada penyanyi berkenaan, Dr Rushdi Ramli melafazkan talak ke atas selebriti itu dengan jelas.
“Dengan menyebut bismillahirahmanirahim…saya, yang bernama Rushdi bin Ramli dengan ini, menceraikan dan mentalakkan isteri saya Wan Norafizah binti Ariffin dengan talak satu kerana Allah S.W.T,” ujarnya dengan jelas dan berulang-ulang.
Nora Ariffin kongsi video lafaz talak dengan jelas
Perkongsian tersebut turut disertakan dengan kapsyen menzahirkan rasa bersyukur kepada Allah S.W.T dan menganggap semuanya sudah selesai.
Hantaran yang dibuat pemilik nama sebenar, Datuk Wan Norafizah Dato’ Haji Wan Ariffin pastinya membuatkan ramai terkejut kerana berlaku secara tiba-tiba.
Artikel lain: “Akan ku jaga sebaik mungkin” – Netizen dakwa Nora Ariffin berbadan dua?
Nora Ariffin kongsi video dengan allahyarham suami pertama
Dalam perkongsian yang lain, dia telah memuat naik semula momen sewaktu bernyanyi bersama allahyarham suami pertamanya, Johan Nawawi yang telah meninggal dunia pada 2017.
Untuk rekod, pada Disember 2021, Nora telah berkongsi berita bahawa kembali bergelar isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli.
Difahamkan, Dr Rushdi merupakan kenalan rapat kepada allahyarham suaminya tanpa menjelaskan secara terperinci tentang pernikahan tersebut.
Sumber: Instagram itsnoraariffin