Nora Ariffin Sindir Anak Tiri Takut Hadir Sesi Hakam Di Mahkamah, Tuan Badan Bersuara

Nora Ariffin Sindir Anak Tiri Takut Hadir Sesi Hakam Di Mahkamah, Tuan Badan Bersuara

Oh! Artis

Anak tiri Nora Ariffin dikatakan tidak dapat hadir kerana berada di Terengganu.


Kecoh di media sosial apabila anak tiri kepada penyanyi Nora Ariffin ditegur kononnya takut hadir ke sesi hakam di mahkamah.

Dakwaan itu timbul selepas Nora memuat naik beberapa kenyataan di IG Story mempersoalkan keberaniannya untuk bersemuka.

BACA: Nora Ariffin Dedah Panjang Lebar Cerita Sebenar Mengenai Konflik Antara Dirinya, Madu Dan Anak Tiri!

Nora Ariffin

Didakwa beri alasan, anak tiri Nora tampil beri penjelasan

Anak Tiri Nora Ariffin

Tidak berdiam diri, anak tiri Nora menafikan dirinya takut untuk bertemu empat mata. Dia tidak dapat hadir di atas urusan keluarga di Terengganu.

Saya terpanggil untuk menjelaskan kenyataan di media sosial yang boleh menimbulkan persepsi bahawa saya ‘takut hadir’ atau ‘enggan bersemuka’ dalam sesi majlis tahkim di mahkamah. I did not wish to address this on social media, as I am aware of how immature & unprofessional it may appear. However, in order to protect my reputation, I feel compelled to clarify the matter.

Menurutnya, ketidakhadiran pada sesi tahkim yang dijadualkan 4 November telah dimaklumkan awal dan dia bersetuju dengan cadangan pihak hakam supaya sesi dijalankan melalui panggilan WhatsApp pada 24 November.

Untuk makluman, saya sentiasa bersedia untuk hadir secara bersemuka pada bila-bila masa sekiranya diarahkan oleh pihak mahkamah.

Pemilik akaun Instagram Miss Rushdi ini turut menjawab tuduhan mengenai isu poligami.

Sekali lagi, ingin saya tegaskan bahawa saya tidak menolak, malah menghormati poligami yang dijalankan secara adil dan sah. My objection is only toward those whose actions continually result in conflict and pain for others.

Pssttt! Semoga semua pihak dapat menyelesaikan perkara ini secara baik dan profesional. Biarlah proses undang-undang yang menentukan siapa di pihak yang benar kan..

Kredit: Instagram missrushdi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top