Nora Danish Didakwa Rujuk Semula Dengan Jejai, Ini Apa Kata Tuan Badan | Oh! Artis – Oh! Media

Nora Danish Didakwa Rujuk Semula Dengan Jejai, Ini Apa Kata Tuan Badan | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Nora Danish nafi dakwaan kembali bersama Jejai, tegaskan hubungan mereka hanya demi anak.


Pelakon dan usahawan popular, Nora Danish meluahkan rasa terkejut selepas namanya tiba-tiba dikaitkan semula dengan bekas suami, Datuk Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai.

Menurut laporan mStar, Nora berkata yang dia tidak faham bagaimana gosip tersebut boleh timbul kerana mereka tidak pernah berbincang soal perhubungan sejak sekian lama.

Siapa agaknya yang sebarkan gosip ini? Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saya dikaitkan kembali dengan Jejai. Hubungan kami tiada yang ‘extra’ dan masih sama seperti dahulu.

“Kami baik demi anak-anak” – Nora Danish

Nora Danish

Nora berkata, hubungan baik mereka bukan kerana masih menyimpan perasaan, sebaliknya semata-mata demi anak tunggal mereka, Putra Rayqal yang kini berusia 16 tahun.

Saya sentiasa berpegang pada prinsip untuk jaga hubungan baik demi anak-anak kerana mereka amanah Allah kepada kami.

Tambahnya lagi, tiada apa yang lebih penting dalam hidupnya selain memastikan anak membesar dalam suasana harmoni dan penuh kasih sayang walaupun ibu bapanya sudah tidak bersama.

Jejai dipuji sebagai bapa yang bertanggungjawab

Nora Danish Jejai

Nora turut memuji sikap bekas suaminya yang menurutnya sanggup berkorban demi anak-anak dan memainkan peranan penting sebagai seorang bapa.

Dia seorang yang bekerja keras dan sentiasa berusaha jadi ayah yang bertanggungjawab… sanggup korbankan kegembiraannya demi anak-anak.

Dalam Islam sendiri, menjaga silaturahim itu satu tuntutan, lebih-lebih lagi dalam urusan kekeluargaan. Doakan saja yang baik-baik buat kami.

Pssttt! Hubungan yang baik selepas penceraian bukan petanda cinta berputik semula. Kadangkala, ia tanda kematangan dan kasih yang kekal untuk anak-anak. Hormat itu lebih penting daripada spekulasi.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top