Tindakan pelakon, Nora Danish berkongsi pengalaman apabila kali pertama menggunakan khidmat dobi layan diri meraih perhatian ramai dalam kalangan pengguna aplikasi TikTok.
Menerusi akaun TikTok miliknya, pelakon berusia 41 tahun itu memuat naik satu video memaparkan dia bersama dua orang rakannya teruja untuk mencuci pakaian mereka di sebuah dobi terletak di Perlis.
@noradanishhanif Laundry Bar at Perlis , why not la kan.
βHi. Okay hari ini first time Nora try lah cuci baju dekat laundry yang layan diri itu, dekat Perlis sebab shooting dekat sini. Jom!βΒ kata Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif.
Rakaman berdurasi tiga minit itu turut memperlihatkan Nora mengajar cara untuk menggunakan mesin cucian tersebut sebelum keluar sebenar bagi mengambil βanginβ di kawasan berdekatan.
βThis is fun actually! You know? Macam rasa dekat Korea, cerita Korean tu kan. Tapi dorang pergi sini, dorang jumpa dia punya boyfriend and first love,βΒ ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa βkagumβ kerana video mencuci pakaian juga boleh menjadi tular disebabkan perkongsian oleh artis popular berkenaan.
Namun begitu, ada juga segelintir individu menyatakan hasrat ingin bertemu dengan pelakon drama Bougainvillea itu kerana dilihat masih kekal awet muda seperti golongan remaja.
Sumber: TikTok Nora Danish