Hubungan antara pelakon Nora Danish dengan perunding kewangan dikenali sebagai Mickey Ayo menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini.
Terbaru, Nora dan Mickey menjadi bualan apabila kedua-duanya memuat naik hantaran saling berbalas hadiah dimana pelakon itu menghadiahkan jam sukan, manakala Mickey menghadiahkan kasut putih.
BACA: Nora Danish Didakwa Bercinta, Netizen Serbu Instagram Duda Anak Dua

Perkongsian tersebut sekaligus mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen yang membuat andaian mengenai status sebenar hubungan mereka.
Terdahulu, perkongsian Nora hangat diperkatakan apabila memuat naik foto lelaki memakai kopiah putih sekaligus ramai yang membuat spekulasi pelakon itu sedang menjalin hubungan istimewa.




