Pelakon jelita, Nora Danish meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk berjumpa pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI).
Menerusi perkongsian di Instagram, Nora memuat naik beberapa foto memaparkan momen ketika dia menghadiri acara tersebut bersama ibunda tercinta dan rakan-rakan selebriti yang lain.
“Alhamdullilah, selalu lihat di media sosial akhirnya dapat berjumpa depan-depan dengan Ustaz Azhar Idrus. Syukur Ya Allah. Terima kasih pada kakak saya, Erma Fatima di atas jemputan,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar aktres drama sitkom Puteri TV3 ini akan kekal istaqamah.
Dalam perkembangan lain, Nora bakal muncul dalam drama Langit Ke Tujuh yang bersiaran di Tonton.
Drama bersiri arahan pengarah terkenal Heykal Hanifah itu membawa kisah ajaran sesat yang turut dibintangi oleh Zamarul Hisham, Nafiz Muaz, Chacha Maembong, Faezah Elai dan Farahdhiya.
Sebelum ini, Nora mengakui penghijrahannya itu turut mengubah cara peminat-peminat mendekatinya ketika diminta untuk bergambar.
Berkongsi satu momen yang berlaku di sebuah acara di Singapura, Nora berkata ramai peminat yang menzahirkan kata-kata doa ketika bertemu dengannya, selain turut menjadikan dirinya sebagai sumber idola.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kisah Hijrah Beri Kesan Pada Peminat, Nora Danish Luah Rasa Sayu – “Baru Saya Sedar Pentingnya Selebriti Sampaikan Perkara Baik…”