Norlia Ghani Akhirnya Bersuara Mengenai Perceraian Rusdi Ramli Dan Sharon Paul | Trending – Oh! Media

Norlia Ghani Akhirnya Bersuara Mengenai Perceraian Rusdi Ramli Dan Sharon Paul | Trending – Oh! Media

Trending

Norlia Ghani akhirnya bersuara isu perceraian Rusdi Ramli dan Sharon Paul. Akui sudah lama tahu tapi pilih diam demi hormat privasi keluarga.


Pelakon senior, Norlia Ghani akhirnya membuka mulut mengenai perceraian anaknya, Rusdi Ramli dengan komposer terkenal, Sharon Paul yang didedahkan baru-baru ini.

Menurut laporanĀ Harian Metro, Norlia berkata yang dirinya sudah lama mengetahui perkara tersebut namun memilih untuk tidak berkongsi kepada media kerana menghormati privasi anak dan menantu.

Sebenarnya, saya sudah lama tahu mereka bercerai… mereka sudah bercerai sejak Januari tahun lalu. Cuma baru sekarang Sharon buat kenyataan mengenainya.

Hormati keputusan, tapi jangan dedah aib pasangan

Sharon Paul Rusdi Ramli

Ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Sharon yang mendakwa dirinya menjadi mangsa ā€˜cold violence’ sepanjang perkahwinan, Norlia memberikan reaksi penuh tenang dan matang.

Memang semua ibu bapa mahukan rumah tangga anak mereka bahagia dan berkekalan, tapi kalau jodoh setakat itu sahaja, kita kena terima.

Namun begitu, Norlia tidak bersetuju dengan tindakan membuka kisah rumah tangga kepada umum.

Bila suka kita beritahu satu dunia, bila bercerai berai macam itu… ada orang boleh tolong?

Rusdi Ramli seorang pendiam

Sharon Paul

Dalam masa sama, Norlia mendedahkan bahawa Rusdi memang seorang yang pendiam, malah dia percaya anaknya memilih untuk berdiam diri dan selesaikan masalah secara senyap.

Saya lebih suka Rusdi berdiam diri daripada membuka aib pasangan. Dia tak jawab panggilan media mungkin kerana berada di lokasi penggambaran.

Pssttt! Perpisahan bukan perkara mudah, lebih-lebih lagi bila melibatkan keluarga dan nama. Hormati satu sama lain walaupun hubungan sudah berakhir, maruah tetap perlu dijaga.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top