Pelakon senior, Norlia Ghani tampil menepis dakwaan segelintir pihak terhadap yang mengatakan seniman agung negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee melalui kehidupan susah sebelum meninggal dunia.
Menerusi temu bual podcast ‘Legasi Podcast’, Norlia menjelaskan Allahyarham P Ramlee menerima tawaran untuk membuat persembahan meskipun ketika itu berada di fasa kejatuhan.
“Itu semua tipu sebab walaupun berada di fasa kejatuhan, arwah tetap dipanggil untuk membuat ‘show’ dan sebagainya. Kemudian, tak adalah pula dia sampai nak kena minta pada orang untuk makan ke apa.
“Dia masih lagi boleh buat lagu dan mengarang juga ketika itu. Lagu arwah pula ada bayaran ‘royalty’ dan tak adalah sampai papa kedana pun,” jelasnya.
Ibu kepada aktor Rusdi Ramli ini turut mempertikaikan bagaimana ada pihak membuat cerita mengenai pelantun lagu popular Bunyi Gitar itu dikatakan hidup susah.
“Jadi, saya tak faham yang sampai hari ini pun ada juga pihak boleh cakap macam itu,” ujarnya.
@legasipodcast Itu semua tipu! Wajib tonton dalam Episod 19 Legasi; Sembang, Sambung! Tonton Episod baru minggu ini bersama Adlin Aman Ramlie & Dato Khairul Anwar Salleh di Youtube Legasi Podcast. LegasiPodcast FYP NorliaGhani AdlinAmanRamlie KhairulAnwarSalleh nusapodcast nusamedia pramleetrilogy
Sekadar info, Allahyarham P. Ramlee menghembuskan nafas terakhir pada 29 Mei 1973 akibat serangan jantung.




