Sao Paulo: Lando Norris perlu meraih sebanyak banyak mata yang boleh di Brazil bagi menghalang Max Verstappen, pelumba yang dia gelar berbahaya di Mexico minggu lalu agar dapat menghalang lawannya itu meraih kejuaraan Formula Satu (F1) keempat berturut-turut.
Pemandu McLaren itu tiba di litar Interlagos Sao Paulo, 47 mata ketinggalan di belakang juara dunia tiga kali, Red Bull dengan baki empat pusingan dan maksimum 120 mata ditawarkan.
Verstappen adalah calon utama untuk merangkul kejuaraan dengan Norris masih perlu mengatasi lawannya dengan purata 12 mata dalam setiap pusingan, tetapi ada banyak kemungkinan boleh berpihak kepadanya.
Ferrari kini sedang meningkat, hampir meraih kemenangan ketiga berturut-turut di Amerika Syarikat sambil mengejar gelaran pengeluar pertama sejak 2008.
Itu mungkin membantu Norris jika dia menang dengan Carlos Sainz dan Charles Leclerc akan menolak Verstappen ke kedudukan yang lebih rendah.
Pasukan Itali itu yang hanya ketinggalan 29 mata di belakang McLaren selepas kejayaan di Texas dan Mexico dan mereka semakin tidak mudah untuk dikalahkan.
“Saya fikir kami berdua percaya bahawa (gelaran) adalah mungkin dan kami semakin kerap bercakap mengenainya sekarang,” kata Sainz, pemenang di Mexico.
Dua penalti 10 saat dikenakan kepada Verstappen di Mexico dengan pegawai perlumbaan mengetatkan peraturan pergerakan apabila ada pelumba yang memaksa pelumba lain keluar dari laluan, juga boleh memberi kesan kepada pencabar kejuaraan sekarang ini.
GP Brazil adalah perlumbaan kelima daripada enam litar yang menawarkan mata perlumbaan pecut dalam kalendar saingan dengan lapan mata tambahan ditawarkan dalam perlumbaan 100km esok dan Verstappen memenangi kesemua empat perlumbaan musim ini.
“Mexico adalah perlumbaan yang perlu dilupakan tetapi kami tahu bahawa kami boleh melakukan yang lebih baik dan sedang bekerja keras untuk memahami apa yang salah agar kami dapat meningkatkan prestasi untuk perlumbaan terakhir,” kata Verstappen, yang memulakan perlumbaan di petak kedua tetapi menamatkan perlumbaan di tempat keenam Ahad lalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd




