Nothing Phone (3a) diperkenalkan 

Nothing Phone (3a) diperkenalkan 

saufi@mediaprima.com.my

 

Pengeluar peranti pintar, Nothing memperkenalkan siri baharu peranti pintar keluarannya iaitu generasi siri Nothing Phone 3(a).

Menerusi pengenalan generasi baharu itu, Nothing memperkenalkan dua variasi baharu iaitu Phone (3a) dan Phone (3a) Pro yang dilengkapi dengan spesifikasi terkini.

Peranti berkenaan yang dilengkapi dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 7S Gen 3.

Kedua-dua peranti itu mempunyai spesifikasi yang sama, cuma membezakan variasi Phone (3a) Pro dilengkapi dengan sistem kamera serta rekaan belakang yang berbeza.

Peranti ini menggunakan skrin panel OLED saiz 6.77 inci dengan paparan Definisi Penuh Dipertingkatkan (FHD+).

Pada masa sama, peranti ini didatangkan dengan kadar segar semula 120Hz sekali gus memberikan pengalaman yang jauh lebih baik serta pengalaman direka untuk menghasilkan pengalaman permainan yang licin.

Peranti ini juga menggunakan tetapan memori (RAM) 12GB LPDDR5 serta 8GB memori maya dan padanan storan 256GB.

Tetapan kamera pula menggunakan sensor 50 megapiksel (MP) serta 50MP dan 8MP.

Tanda harga untuk Nothing Phone (3a) adalah RM1,699 dan variasi Pro adalah RM1,999.

 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top