NSYC2025 angkat Negeri Sembilan sebagai hab baharu sukan lawan pedang

NSYC2025 angkat Negeri Sembilan sebagai hab baharu sukan lawan pedang
Acara selama tiga bermula 21 hingga 23 Jun lalu di Centerpoint Seremban itu merangkumi tiga disiplin utama iaitu Foil, Epee dan Sabre bagi kategori umur Bawah Lapan Tahun (B-8), B-10, B12, B-14 serta B-17, termasuk penyertaan 39 pasukan berpasukan.

Acara selama tiga bermula 21 hingga 23 Jun lalu di Centerpoint Seremban itu merangkumi tiga disiplin utama iaitu Foil, Epee dan Sabre bagi kategori umur Bawah Lapan Tahun (B-8), B-10, B12, B-14 serta B-17, termasuk penyertaan 39 pasukan berpasukan.

SEREMBAN – Kejohanan Cabaran Belia Negeri Sembilan 2025 (NSYC2025) melabuhkan tirai dengan lebih 500 penyertaan dari dalam dan luar negara, menjadikannya kejohanan terbesar anjuran Persatuan Lawan Pedang Negeri Sembilan (PLPNS) setakat ini.

Acara selama tiga hari yang berlangsung dari 21 hingga 23 Jun lalu di Centerpoint Seremban itu merangkumi tiga disiplin utama iaitu foil, epee dan sabre bagi kategori umur Bawah Lapan Tahun (B-8), B-10, B-12, B-14 serta B-17, termasuk penyertaan 39 pasukan berpasukan.

Presiden PLPNS, Tengku Datuk Mu’adzam Sadruddin berkata, penyertaan tahun ini meningkat berbanding 330 peserta pada tahun lalu, mencerminkan minat yang semakin mendalam terhadap sukan tersebut di peringkat akar umbi.

“NSYC bukan sekadar kejohanan, tetapi platform pembinaan keyakinan, semangat kesukanan dan persahabatan belia,” katanya.

Kejohanan ini turut menerima pengiktirafan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) oleh Kementerian Pendidikan, sekali gus membolehkan para peserta memperoleh mata kokurikulum.

Difahamkan, NSYC juga menjadi antara acara pemilihan ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Ia turut menarik penyertaan antarabangsa dari Singapura, Indonesia, Hong Kong dan Oman, sekali gus membuktikan pengaruh Malaysia dalam sukan lawan pedang di peringkat serantau.

Buat julung kali diadakan di pusat beli-belah, NSYC2025 seiring dengan saranan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, untuk mendekatkan sukan kepada masyarakat.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Lawan Pedang Malaysia (MFF), Rusni Abu Hassan menyifatkan NSYC sebagai kejohanan penting untuk mencungkil bakat baharu dan memperkukuh senarai atlet negara.

“Kami yakin NSYC akan terus berkembang dan menjadi medan kompetitif untuk belia dari seluruh rantau,” katanya.

Scroll to Top