Oh! Artis
Nubhan fokus sepenuhnya pada GV12 dan enggan ulas isu rumah tangga serta dakwaan orang ketiga.
Penyanyi, Ahmad Nubhan Ahamad menegaskan fokus utama dirinya kini adalah sepenuhnya pada Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), meskipun kemelut rumah tangga bersama isteri, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek yang masih belum selesai.
Menurut laporan Kosmo, dia tidak mahu menghampakan peminat yang setia menyokong sejak episod pertama GV12.
Sekarang, saya beri fokus 100 peratus kepada GV12. GV sekarang menjadi tanggungjawab dan tak boleh nak main-main… inilah cara saya balas sokongan peminat.
Dakwaan orang ketiga? Nubhan beri respon

Ketika diminta mengulas dakwaan wujud orang ketiga dalam kemelut rumah tangganya, Nubhan memilih untuk menutup mulut.
Isu itu sudah lama dan saya dah tak mahu komen lagi mengenainya. Sekarang cuma mahu fokus pada GV12, itu sasaran utama.
Konsisten Top 3 di GV12, mahu berikan yang terbaik

Dalam empat minggu GV12, Nubhan berjaya mengekalkan kedudukan tiga teratas, namun dia enggan hanyut dengan pujian.
Saya tak mahu beri persembahan ala kadar. Perjalanan saya masih jauh… sekarang baru minggu keempat.
Dia juga menegaskan bahawa pujian bukan alasan untuk merasa selesa.
Orang cakap jangan makan puji. Kalau mereka kata persembahan saya okey, Alhamdulillah.
Pssttt! Kadang-kadang dalam hidup, kita kena tutup semua bunyi di luar dan fokus pada apa yang sedang kita bina. Konsisten lebih penting daripada drama. Teruskan melangkah!
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




