Nubhan Dakwa Dr Fie Buat Tiga Pelanggaran, Sedia Tarik Balik Kes Jika Ada Permohonan Maaf

Nubhan Dakwa Dr Fie Buat Tiga Pelanggaran, Sedia Tarik Balik Kes Jika Ada Permohonan Maaf

Oh! Artis

Mahkamah menetapkan 10 Ogos depan sebagai tarikh sambungan prosiding komital.


Kontroversi membabitkan penyanyi Nubhan dan bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek kembali hangat diperkatakan apabila kedua-duanya tampil di mahkamah hari ini.

BACA: “Saya Tak Tahu Kenapa Nubhan Buat Saya Macam Ni” – Dr Fie

Kali ini, mereka hadir untuk prosiding membabitkan pelanggaran perintah mahkamah oleh Dr Fie.

Dalam prosiding itu, mahkamah menetapkan 10 Ogos depan sebagai tarikh sambungan prosiding komital.

Dakwa berlaku tiga pelanggaran perintah mahkamah

Nubhan

Memetik laporan Gempak, peguam syarie yang mewakili Nubhan, Mohd Redzuan Ramli berkata, prosiding tersebut merupakan yang pertama bagi kes berkenaan.

Jelas peguam lagi, pelanggaran yang berlaku merupakan perintah yang sebelum ini dipersetujui dan dicadangkan sendiri oleh Dr Fie.

Walau bagaimanapun, perintah itu kita tak dapat dedahkan sebab ia akan jadi prejudislah. Tapi ada pelanggaran, tiga pelanggaran yang berlaku terhadap perintah tersebut.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai pelanggaran tersebut tidak didedahkan kepada umum.

Bukan balas dendam, Nubhan buka ruang untuk beramai

Dalam masa sama, Redzuan menegaskan tindakan yang diambil bukan bermotifkan dendam, sebaliknya dibuat selepas pertimbangan yang teliti.

Dr Fie
Foto Instagram Dr Fie

Namun, saya difahamkan oleh Nubhan, sekiranya ada permohonan maaf yang dibuat secara suci hati dan ikhlas daripada pihak sana, beliau sedia mempertimbangkan untuk menarik balik kes ini.

Terdahulu, Nubhan selaku plaintif telah memfailkan komital terhadap bekas isteri, Dr Fie atas dakwaan pelanggaran perintah mahkamah.

Pssttt! Bila isu sampai ke mahkamah, jelas ia bukan perkara kecil. Tapi bila masih ada ruang untuk berdamai, itu mungkin jalan terbaik, lebih-lebih lagi demi anak-anak yang menjadi keutamaan.

Kredit: Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top