“Nubhan Pernah Lafaz Cerai Pada 2017 & Rujuk Semula Tapi Tak Didaftarkan” – Peguam

“Nubhan Pernah Lafaz Cerai Pada 2017 & Rujuk Semula Tapi Tak Didaftarkan” – Peguam

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai berita perceraian rumah tangga penyanyi Nubhan dan isterinya, Dr Afifah Hidayah selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Difahamkan, Nubhan tidak lagi sebumbung dengan Afifah selepas melafazkan talak ketika dia dan isterinya berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos lalu.

BACA: 10 Tahun Berkahwin, Nubhan Ceraikan Isteri

Memetik Oh Bulan, Nubhan didakwa telah melafazkan talak pertama terhadap isterinya kira-kira lapan tahun lalu dan rujuk dalam tempoh iddah namun tidak didaftarkan.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam yang mewakili Afifah Hidayah, Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Sepang hari ini.

“Hari ini merupakan tarikh sebutan pertama bagi permohonan plaintif, iaitu suami kepada anak guam saya. Beliau memohon untuk mengendors dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk.

“Rupanya, pada tahun 2017, dia pernah melafazkan cerai sekali, tetapi telah merujuk semula dalam tempoh yang singkat. Namun, perkara itu tidak pernah didaftarkan, termasuklah rujuk berkenaan.

“Dalam permohonan hari ini, dia memfailkan sekali dua lafaz talak iaitu talak pertama (pada 2017) dan talak kedua (pada Ogos),” katanya. 

Dalam pada itu, Datuk Akberdin memaklumkan mahkamah akan meneliti niat lafaz yang dibuat penyanyi itu 

“Biasalah, apabila lafaz dibuat di luar mahkamah, punca sudah tidak relevan lagi. Mahkamah hanya akan meneliti sama ada lafaz cerai itu dibuat dengan niat, dalam keadaan waras, tanpa paksaan atau ugutan.

“Secara asasnya, itu faktor utama yang akan dilihat oleh mahkamah. Jika disabitkan, maka jatuhlah talak dua,” katanya.

Nubhan dan Afifah Hidayah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015. Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber: Oh Bulan


Scroll to Top