Nurul Zahid tak pernah cemburu hidup bermadu, Zarina Zainuddin cakap sebab berduit

Nurul Zahid tak pernah cemburu hidup bermadu, Zarina Zainuddin cakap sebab berduit

Baru-baru ini, anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah mendedahkan tidak pernah timbul perasaan cemburu terhadap isteri pertama sepanjang menjalani hidup bermadu.

Sebaliknya, Nurulhidayah atau mesra disapa Kak Long menganggap ia salah satu rezeki dan isteri pertama suaminya, Allahyarham Datin Bahazanariah Baharudin sangat harmoni selain tidak pernah ada syak wasangka terhadapnya.

Katanya lagi, ia adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dan tidak semua orang bernasib baik merasai kemanisan hidup bermadu.

“Persefahaman bersama memang tidak ada nak cemburu. Bila nak ambil gambar, dia nak peluk suami dia ke, suami nak peluk dia ke, saya nak peluk suami, tidak ada perasaan cemburu, alhamdulillah.
“Saya rasa itu rezeki. Tak semua orang rasa perkara ini. Itu yang manisnya.”ujar Nurulhidayah.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Program Borak Bibir Merah bertajuk ‘Manisnya Hidup Bermadu…’ yang disiarkan di semua platform Sinarplus pada Jumaat.

Namun begitu, lain pula bagi pelakon Zarina Zainuddin yang juga merasai pengalaman hidup bermadu dengan mengatakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nurulhidayah adalah tidak benar.

Menurut Zarina, setiap wanita yang hidup bermadu pasti mempunyai rasa cemburu, sakit hati dan makan hati sebagai ramuan yang perlu ditempuhi dalam kehidupan berkongsi kasih.

“Penipu la tak ada rasa cemburu, sakit hati, makan hati semua rempah ratus tu kau kena lalui dulu. Gaduh-gaduh dulu ingat senang ke nak masuk dalam hidup orang kita ni strangers buat mereka. Its take me berbelas tahun untuk faham isi hati dan cuba selam balik perasaan dia.
“Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah pokok pangkal diri sendiri sabar, sebab dua-dua yang bermadu ni berperang dengan hati dan perasaan masing masing, Kalau dua-dua gaduh kesianlah suami dah macam orang gila nak tipu bini sana nak pujuk bini sini.

“Akan ada kejadian bila raya kau makan hati suami tak balik, kau raya la dengan anak-anak pagi raya. Orang minta maaf dengan suami kau suami sorok sorok curi call kau meraung salam raya dalam phone,”ujarnya.

Katanya lagi, mengambil suami orang adalah tidak seindah yang kita impikan kerana ia memerlukan pengorbanan yang kuat untuk terus setia bersama suami.

Dalam pada itu, Zarina berkata, tindakan Nurulhidayah yang mengatakan tidak pernah cemburu langsung itu mungkin kerana dia seorang yang berduit. Oleh itu, Nurulhidayah tidak mengharapkan apa-apa daripada suami.

“Part Nurul mungkin sebab dia berduit bolehlah, yang tak ada duit yang harapkan suami entahlah. Kalau boleh janganlah curi laki orang, kau pinjam ke kau share ke memang tak best yang part best bila suami sakit dua-dua berebut bergili-gilir nak jaga.
“Baru tahu takut suami tu jadi apa-apa. Saya belajar sayangkan madu saya. Anggap dia macam kakak. Dia marah ke apa ke saya terima. Mula-mula saya melawan juga tapi bila saya tengok betul-betul nasib dia, saya jatuh sayang dan berjanji akan bahagiakan dia selagi saya ada nyawa,”ceritanya lagi.

Pandangan itu dilontarkan menerusi ruangan komen perkongsian sutradara hebat, Shahrulezad Mohameddin di laman Instagram.

Terdahulu, Zarina pernah mendedahkan hidup bermadu bukanlah indah kerana pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu dihadapinya.

Bukan itu sahaja, aktres berusia kelahiran Bota, Perak mengatakan dia sendiri meminta suaminya,  Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar membawanya berjumpa dengan isteri pertama bagi meminta izin terlebih dahulu.

Sumber: Sinar Harian, Instagram @budakijat