Nyanyi OST drama, Wawa Zainal sedar suara tak sedap -“Aeril kata, jimat bajet”

Nyanyi OST drama, Wawa Zainal sedar suara tak sedap -“Aeril kata, jimat bajet”

Menjadi penyanyi bukanlah mudah. Tidak semua orang diberi anugerah suara yang merdu dan boleh mendendangkan lagu dengan lunak.

Namun tak salah juga untuk mana-mana individu mencuba nasib dalam bidang seni suara ini walaupun sedar suara tidaklah begitu sedap.

Perkara tersebut turut diakui oleh aktres dan juga usahawan terkenal, Wawa Zainal apabila cuba menyumbang suara untuk salah satu OST drama lakonannya bersama Aeril Zafrel iaitu Sabda Kekasih.

Dalam perkongsian Wawa di Intagramnya, dia memaklumkan nyanyian tersebut bukanlah bermakna mahu berkecimpung dalam dunia tarik suara.

Aktres mengakui risau dengan penerimaan pendengar dan sedar diri tidak mempunyai bakat dalam nyanyian. Namun, Wawa sempat berseloroh bahawa nyanyiannya dalam OST berkenaan adalah  kerana dipaksa oleh suaminya, Aeril Zafrel bagi menjimatkan budget.

 

Sehubungan dengan itu dia berharap netizen tidak terlalu menghentam andai suaranya kurang bagus kerana dia bukanlah seorang penyanyi.

Melihat ke ruangan komen Instagram Wawa, ramai yang meninggalkan komen positif dengan memuji suara pelakon itu. Mereka juga suka dengan lagu tersebut yang sedap didengar.

 

 

 

 

Sumber: Wawa Zainal

 

Scroll to Top