Nyanyian Fazura Dikecam Sumbang Teruk, Abby Abadi Tampil Pertahankan | Oh! Media

Nyanyian Fazura Dikecam Sumbang Teruk, Abby Abadi Tampil Pertahankan | Oh! Media

Selebriti popular, Nur Fazura baru-baru ini menerima kritikan hebat selepas muncul menyanyi secara ‘live’ di Indonesia.

Dalam rancangan itu, Fazura menyampaikan lagu terbaharu bertajuk Bertahan Demi Cinta. Rata-rata netizen menyatakan suara Fazura sumbang teruk!

BACA: “Sumbangnya Suara, Kawan-Kawan ‘Game’ Ke?” – Netizen Kecam Nyanyian Fazura Di Indonesia

Namun, aktres Abby Abadi tampil mempertahankan Fazura dengan penuh sokongan berpendapat ianya tidaklah seteruk mana.

“Dah tak suka tu, semua serba tak kena” – Abby Abadi sokong Fazura

fazura

Menurut Abby, lagu tersebut asalnya dinyanyikan sebagai duet, jadi ia mencabar untuk dibawa secara solo.

Okay je, comel Fazura nyanyi. Lagu duet ni sepatutnya dinyanyikan berdua, memang susah bila nak bawa seorang. Lagi pula, masa tu minus one (lagu tanpa vokal latar). Bukan pertandingan pun.

Tambah Abby lagi, Fazura hadir ke Indonesia kerana diundang untuk bekerja dan ada kemungkinan mendapat bayaran dalam nilai USD.

Abby Abadi turut mengingatkan netizen agar lebih memahami situasi dan berhenti daripada terus melontarkan kata-kata negatif yang tidak membina.

#OhmediaNasihat

Semua orang mempunyai hak untuk melontarkan pendapat masing-masing. Lagi pula, setiap orang mempunyai cita rasanya yang tersendiri. Bagi Abby Abadi yang juga merupakan seorang penyanyi, mungkin dia lebih memahami. Apa-apa pun ayuh kita amalkan sikap positif dan menyokong usaha orang lain tanpa perlu menjatuhkan mereka. Lagipun, setiap orang berhak untuk mencuba sesuatu yang baru!


Scroll to Top