Nyaris tenggelam di ‘laluan maut’ kerana ikut GPS

Nyaris tenggelam di ‘laluan maut’ kerana ikut GPS
Nyaris tenggelam di ‘laluan maut’ kerana ikut GPS

Van penghantaran Amazon itu berjaya dikeluarkan daripada dataran pasang surut berkenaan. Foto Agensi

SOUTHEND – Seorang pemandu Amazon terpaksa meninggalkan van penghantaran dipandunya selepas mengikut arahan GPS supaya menuju ke arah air pasang yang sedang naik di Broomway, Essex di England pada akhir minggu lalu.

Komuniti setempat menggelar ia sebagai ‘laluan pejalan kaki paling berbahaya di Britain’.

Laluan pasang surut laut sepanjang lebih sembilan kilometer berusia 600 tahun di Essex itu menuju ke Pulau Foulness iaitu sebuah kawasan larangan yang digunakan oleh Kementerian Pertahanan untuk ujian senjata.

Susulan insiden itu, Pengawal Pantai Southend dikerahkan ke lokasi tersebut selepas kenderaan itu tenggelam dalam kawasan lumpur di dataran pasang surut berkenaan.

“Laluan sebenar ke Pulau Foulness adalah melalui penghadang sebelah kiri berhampiran pejabat keselamatan Qinetiq. GPS telah memberi panduan yang mengelirukan dengan tidak mengambil kira keadaan pasang surut laut ketika itu,” jelas jurucakapnya.

Sekurang-kurangnya 100 individu dilaporkan lemas ketika cuba menyeberangi ‘laluan maut’ tersebut.

Selepas 1922, sebuah jambatan jambatan dibina untuk menghubungkan kedua-dua kawasan, Broomway yang dinamakan untuk menandakan laluan di pasir. Ia merupakan satu-satunya jalan keluar dan masuk ke Pulau Foulness. – Agensi

Ringkasan AI

  • Seorang pemandu Amazon terpaksa meninggalkan van penghantaran kerana mengikut arahan GPS menuju ke arah air pasang di Broomway, Essex
  • Komuniti setempat menggelar laluan tersebut sebagai ‘laluan pejalan kaki paling berbahaya di Britain’
  • Laluan itu berusia 600 tahun dan menuju ke Pulau Foulness, kawasan larangan digunakan oleh Kementerian Pertahanan
  • Pengawal Pantai Southend dikerahkan ke lokasi setelah van tenggelam dalam kawasan lumpur di dataran pasang surut
  • Sekurang-kurangnya 100 individu dilaporkan lemas ketika cuba menyeberangi ‘laluan maut’ tersebut
Scroll to Top