Kadang-kadang Khai rindu juga zaman dulu. Zaman bila blog tu jadi tempat luah segala rasa, tanpa perlu fikir siapa baca, tanpa takut kena kecam, tanpa perlu ikut trend. Tulis ikut rasa hati. Kalau sedih, tulis sedih. Kalau marah, tulis marah. Kalau gembira, kita kongsi biar semua orang boleh rasa tempias bahagia tu. Zaman tu Oh! Artis paling selalu lah cari pasal dengan artis. Haha.
Tapi sekarang lain. Dunia makin laju. Semua orang kejar views, kejar likes, kejar engagement. Sampai kadang-kadang kita pun mula lupa kenapa kita mula menulis dulu. Kita mula bandingkan tulisan sendiri dengan apa yang orang lain suka, bukan lagi apa yang kita sendiri nak sampaikan.
Dan bila Khai fikir balik, itu silapnya. Tulisan tu sepatutnya bebas. Biarlah platform ni dah jadi lebih serius, lebih fokus pada content berita. Tapi slot Oh! Khai ni kan ruang Khai. Jadi biarlah ruang ni terus jadi tempat Khai menulis macam dulu. Menulis sebab nak menulis, bukan sebab nak trending.
Kalau korang rindu gaya tulisan zaman Justkhai dulu, mungkin kat sinilah tempatnya untuk kita hidupkan balik memori tu. Dan kalau korang baru kenal siapa Khai, selamat datang ke sisi lain dalam hidup seorang Khai Hassan.
Oh ya, sebelum Khai terlupa. Mungkin ada yang tengah baca ni masih belum subscribe YouTube Oh! Media lagi kot? Kalau belum, jemputlah subscribe sekarang. Channel ni kami hidupkan semula sejak tahun lepas, dan alhamdulillah dalam masa singkat je dah berjaya capai lebih 100 ribu subscribers. Semua tu hasil usaha team yang tak pernah penat berkongsi macam-macam video menarik, termasuk program utama kami, Oh! Podcast.
Kalau korang salah seorang yang dah tekan butang subscribe tu, Khai ucap terima kasih banyak-banyak. Sokongan korang tu sangat bermakna, dan jadi pembakar semangat untuk kami terus buat yang terbaik.
Baru-baru ni, Khai ada terfikir nak hidupkan semula beberapa website yang dulu pernah jadi sebahagian daripada keluarga Oh! Media. Untuk korang yang follow sejak zaman awal dulu, mesti ingat lagi yang Oh! Media ni bukan hanya ada satu website je. Memang banyak, sampai kadang Khai sendiri pun naik pening nak urus.
Antara yang paling popular masa tu, mestilah Oh! Artis dan Oh! Tidak. Dua nama ni memang cukup kuat waktu tu. Kalau korang tengah cari gosip artis atau benda pelik-pelik yang viral, dua ni lah tempatnya. Tapi bila Khai buat keputusan untuk gabungkan semuanya jadi satu portal utama yang korang tengah baca ni sekarang, maka semua website lain pun secara rasminya ditutup.
Waktu tu, keputusan ni dibuat sebab nak mudahkan pengurusan dan bagi fokus pada satu jenama utama. Tapi dalam hati, rasa sayang tu masih ada. Sebab setiap website tu ada kenangan, ada komuniti dia sendiri, dan ada jiwa yang unik.
Namun….
Walaupun semua website tu dah ditutup, Facebook Page, Instagram, dan beberapa akaun sosial untuk jenama-jenama lama tu sebenarnya masih wujud. Cuma… dibiarkan bersawang macam korang yang masih single lagi tu. Huhu. Apa yang pelik, followers masih ada. Ada yang puluh ribu, ada yang dah cecah ratus ribu. Itu belum kira domain yang Khai masih renew setiap tahun semata-mata sebab sayang. Tapi bila klik, redirect je balik ke website ni. Jujur cakap… sayang gila!
Disebabkan tu, Khai dah buat keputusan untuk hidupkan semula satu demi satu. Dan kita akan mulakan dengan Oh! Artis.
Kenapa Oh! Artis 2025 Menjadi Perhatian?
Ini selari dengan misi Oh! Media tahun 2025, yang mana kita nak kembangkan lagi database pembaca dan mula semula strategi penulisan mengikut niche macam zaman kegemilangan dulu. Masa tu, niche content lah yang jadikan Oh! Media dikenali dan kekal relevan sampai ke hari ni.
Oh! Artis akan jadi permulaan. Yang lain akan menyusul perlahan-lahan, ikut susunan.
Apa yang penting, semua projek baru ni akan dibina dengan konsep “team in mind”. Maksudnya, kita takkan bebankan team sedia ada. Tak ganggu tugas harian penulis. So macam mana nak jalan? Haa… itu kita tengok nanti. Doakan semuanya dipermudahkan.
Jadi guys, insyaAllah dalam bulan Mei 2025 nanti, domain www.ohartis.com akan kembali aktif dan tak lagi redirect ke sini. Harapnya dengan nafas baru ni, lebih ramai pembaca baru akan kenal Oh! Artis, dan terus support keluarga besar Oh! Media dalam setiap bacaan harian korang.
Stay tuned. Banyak benda best bakal datang! Wohha!