“Oh Lupa Anak Saya Pelakon” – Ibu Anna Jobling Bidas Dakwaan Peguam, Jelaskan Situasi Sebenar

“Oh Lupa Anak Saya Pelakon” – Ibu Anna Jobling Bidas Dakwaan Peguam, Jelaskan Situasi Sebenar

Oh! Artis

Ibu Anna Jobling bidas penjelasan peguam, dedah situasi sebenar dan dakwa dirinya dikunci dalam kereta ketika insiden.


Isu melibatkan pelakon Anna Jobling nampaknya makin panas apabila ibunya tampil bersuara dan membidas penjelasan peguam yang dikatakan tidak tepat.

BACA: Ini Penjelasan Peguam Anna Jobling, Jawab Semua Tuduhan Satu Persatu

Dalam beberapa hantaran di Instagram Stories, ibu Anna menjelaskan bahawa apa yang berlaku berbeza daripada cerita yang tular.

Ibu jelaskan situasi dikunci dalam kereta

Menurutnya, peguam tersebut hadir kerana dipanggil oleh Anna untuk mengeluarkan Anna dari kereta, bukannya datang untuk memaksa ibu keluar seperti yang didakwa.

Ibu Anna

Ibu Anna turut memuat naik video menunjukkan Anna keluar daripada kereta diiringi peguamnya. Tak lama selepas itu, bunyi kereta telah dikunci di mana kunci bersama Anna.

Katanya, ini menjawab persoalan netizen yang bertanya kenapa beliau tidak membuka tingkap ketika kejadian.

Enjin mati mana boleh buka tingkap. Boleh dengar dengan jelas bunyi lock!

Beliau juga mempersoalkan dakwaan kononnya mereka trauma atau histeria ketika kejadian.

“Oh lupa, anak I pelakon”

Ibu Anna Jobling

Katanya, keadaan sewaktu Anna dikeluarkan dari kereta berjalan tenang tanpa sebarang jeritan atau kekecohan.

Ibu Anna

Terdahulu, peguam menjelaskan ibu Anna tidak dikunci di dalam kereta sebaliknya enggan keluar. Dia juga menjelaskan bukan mudah untuk seseorang mendapatkan perintah mahkamah tanpa bukti kukuh.

Pssttt! Ibu Anna pula bersuara jelaskan situasi dirinya ketika itu. Harapnya kes ini selesai cara baiklah. Anna pelakon berbakat yang sedang meningkat naik, sayang pula kalau isu personal macam ni diperbesarkan.

Kredit: Instagram Mama Jobling
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top