Oh My Pet Expo galak kempen pemilikan haiwan peliharaan bertanggungjawab

Oh My Pet Expo galak kempen pemilikan haiwan peliharaan bertanggungjawab

Kuala Lumpur: Lebih 130,000 pengunjung dijangka memeriahkan karnival Oh My Pet Expo 2025 di Pusat Pameran Mid Valley (MVEC), yang berlangsung empat hari bermula Khamis hingga Ahad ini.

Acara yang memberi tumpuan kepada kempen pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab, selaras usaha meningkatkan standard industri haiwan kesayangan di Malaysia.

Penganjurnya, Jaice Tan berkata, edisi kali ini menghimpunkan lebih 500 jenama dan 170 syarikat tempatan serta antarabangsa.

Menurutnya, pihaknya memberi tumpuan kepada kempen pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab, selaras usaha meningkatkan standard industri haiwan kesayangan di Malaysia.

“Haiwan peliharaan memberi sokongan emosi, membawa kegembiraan dan sentiasa bersama kita pada hari-hari paling sukar. Setiap aspek OH MY PET!

EXPO direka untuk mendidik, memberi inspirasi dan membina komuniti pemilik haiwan yang penyayang serta menghargai ikatan antara kita dan haiwan kesayangan,” katanya.

Tambahnya, lebih istimewa pihaknya terharu apabila penganjuran karnival terbabit membolehkan mereka diiktiraf Anugerah World Branding Award di Vienna pada Julai lalu.

“Kami tetap rendah hati dan komited untuk mewujudkan dunia yang lebih baik

buat ‘furkids’ kesayangan kita melalui pemilikan haiwan yang

bertanggungjawab serta penglibatan komuniti yang lebih bermakna.” ujarnya.

Oh My Pet! Expo juga melakar sejarah sebagai acara pameran haiwan peliharaan terbesar di Malaysia seterusnya diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top