Trending
Walaupun isu bau badan ini jadi bahan jenaka, Ayunie tunjuk sisi matang dan merendah diri dalam hadapi kecaman.
Beberapa hari lalu, nama usahawan dari Kelantan Ayunie kembali panas gara-gara pertelingkahan dengan beberapa influencer di TikTok.
Isu yang berlaku turut mengundang bekas abang iparnya, Iqbal Zulkefli untuk bersuara. Namun, mengejutkan apabila Iqbal mendakwa Ayunie tidak suka mandi dan ketiaknya berbau busuk.
BACA: “Ketiak Dia Berbau” – Iqbal Zulkefli Buka Pekung Bekas Adik Ipar, Dakwa Ayunie Tak Suka Mandi
Pendedahan itu membuatkan netizen menyerang akaun media sosial Ayunie. Ada yang menyindir bertanyakan mengenai kesahihan isu ketiak berbau itu.
Respon Ayunie bila dituduh ketika berbau
Ini respon yang diberikan Ayunie.

Tidak melatah, Ayunie membalas secara ‘sporting’ dan mengaku dia juga manusia biasa yang pernah ada kekurangan.
Ayunie lega dah luahkan semua luka terpendam
Sementara itu di IG Story, Ayunie meluahkan rasa lega apabila diberi ruang untuk menyuarakan kebenaran yang dipendam lama.

Ayunie juga memberi pesanan kepada bekas abang iparnya bahawa segala luka daripada perkahwinan terdahulu sudah diluahkan.
Jelasnya, pendedahan yang dibuat bukan untuk membuka aib sesiapa, sebaliknya demi membersihkan hati dan mencari ketenangan.
Yuni tahu Yuni pun banyak khilaf. Tapi Yuni masih simpan banyak perkara demi anak dan demi menghormati ayah kepada anak Yuni.
Dia turut berterima kasih kepada individu bernama Cikna yang memberi ruang kepadanya untuk bersuara serta mengakui dirinya hanya insan biasa yang tidak lari dari kesilapan.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.