Oksigen Sarah masih belum stabil, Shuib pohon doakan kesihatan isteri & ‘baby’

Oksigen Sarah masih belum stabil, Shuib pohon doakan kesihatan isteri & ‘baby’

Umum sedia tahu bahawa keluarga Shuib Sepahtu telah dijangkiti Covid-19 sejak beberapa minggu lalu. Lebih membimbangkan, isterinya, penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin yang  sarat hamil 7 bulan turut dijangkiti.

Ketika hari terakhir menjalani kuarantin, secara tiba-tiba oksigen dalam tubuh penyanyi wanita itu menurun dan terpaksa memakai alat bantuan oksigen sebelum bergegas ke hospital.

Shuib yang memuat naik video isterinya dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia turut memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan isterinya.

Sarah juga sempat menulis di ruangan Instagramnya dengan memohon doa daripada semua untuk kesembuhannya dan mengakui sangat merindui anak-anak dirumah.

Penyanyi tersebut juga meluahkan rasa rindu terhadap anak-anaknya yang terpaksa ditinggalkan sementara bagi mendapatkan rawatan

Menerusi posting terbaru Shuib di media sosialnya, dia sempat memuat naik screenshot ketika membuat panggilan video bersama isteri.

Dapat dilihat Sarah masih memakai alat bantuan pernafasan dan menulis di kapyen memaklumkan kondisi isterinya kian membaik walaupun kadangkala oksigen masih belum stabil.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mendoakan kesejahteraan Sarah dan kandungannya.

Mereka juga berharap agar penyanyi itu kembali sihat dan kuat menghadapi ujian tersebut.

 

Sumber: Instagram Shuib Sepahtu, Siti Sarah Raissuddin

Scroll to Top