Oh! Tidak
Rompakan RM500,000 di Pasir Gudang, lelaki OKU lumpuh separuh badan antara lapan suspek yang ditahan polis.
Kes rompakan RM500,000 di Pasir Gudang mengejutkan ramai apabila polis menahan lapan warga tempatan termasuk seorang lelaki OKU yang lumpuh separuh badan.
Kejadian itu berlaku selepas seorang lelaki warga Pakistan berusia 45 tahun mengeluarkan wang tunai RM500,000 dari sebuah bank sebelum disamun di kawasan parkir berhampiran Pusat Perdagangan Pasir Gudang.
Polis tahan lapan suspek kurang 24 jam

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kes rompakan RM500,000 itu pada jam 1 tengah hari, 24 Februari lalu.
Menurutnya, mangsa ketika itu sedang menghampiri kenderaannya selepas mengeluarkan wang tunai bersama isterinya sebelum didatangi dua suspek yang mengacukan objek menyerupai pistol dan melarikan dua beg berisi wang.
Wang milik warga Pakistan yang juga pembekal pekerja asing itu sepatutnya digunakannya bagi membayar gaji pekerja..- katanya.
OKU lumpuh separuh badan beri maklumat dalaman

Polis kemudian berjaya menahan tujuh lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia antara 23 hingga 53 tahun di beberapa lokasi sekitar Seri Alam dan Tampoi. Menurut Ab Rahaman, dua lelaki dipercayai menjadi dalang utama dalam kes rompakan RM500,000 tersebut.
Ahli perniagaan berusia 30 tahun dan penganggur berusia 32 tahun dipercayai menjadi dalang utama kejadian. Lelaki OKU yang berkerusi roda serta lumpuh separuh badan pula berperanan sebagai penyalur maklumat dalaman kejadian itu.- Katanya.
Dalam operasi susulan, polis berjaya merampas beberapa barangan termasuk sebuah Toyota Hilux, Perodua Myvi, nombor plat kenderaan palsu, dua beg berwarna kelabu, topi, pelitup muka dan sarung tangan.
Polis juga merampas pelbagai wang tunai serta menyita wang dalam akaun syarikat milik salah seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam kes rompakan RM500,000 tersebut.
Pssttt! Ohmedia harap korang ambil pengajaran daripada kes macam ni. Walau apa pun keadaan, jangan sesekali terlibat dengan jenayah sebab akhirnya tetap akan berdepan tindakan undang undang.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!



