OKU Terkandas Di LRT Puchong, Staf Bertugas Didakwa Pulang Awal | Oh! Media

OKU Terkandas Di LRT Puchong, Staf Bertugas Didakwa Pulang Awal | Oh! Media

Inilah kesukaran yang perlu dilalui seorang individu berstatus OKU apabila terkandas di stesen LRT Puchong kerana palang laluan tiket tidak berfungsi.

Lebih mengecewakan, tiada staf bertugas di stesen tersebut pada waktu kejadian untuk membantu.

Kisah ini tular selepas sebuah video dimuat naik di Instagram, menunjukkan situasi di mana skrin sentuhan tiket tertera “under maintenance” dan palang tidak boleh dibuka.

Menurut individu yang merakam video tersebut, kejadian berlaku pada jam 11.25 malam, lebih awal daripada waktu operasi yang dijadualkan tamat pada jam 12 tengah malam.

Tiada staf, OKU bergantung kepada bantuan orang awam

Individu yang menyedari insiden ini segera menghubungi nombor yang tertera di stesen pada jam 11.32 malam, meminta pihak bertanggungjawab datang membantu.

Saya hubungi semula pada 11.41 malam dan menggesa mereka untuk datang segera.- Katanya.

Selepas beberapa ketika, seorang polis bantuan tiba dan membantu individu OKU tersebut keluar. Namun, semasa berbual dengan individu itu, dia mendedahkan bahawa ini bukanlah kali pertama perkara seperti ini terjadi.

Sebelum ini, dia juga pernah terkandas di dalam lif beberapa kali ketika menggunakan perkhidmatan LRT.

Saya faham semua orang mahu pulang cepat, tetapi marah bila tengok orang OKU perlukan bantuan dan tiada sesiapa ada untuk membantu mereka.- Luahnya.

#OhmediaNasihat

Kisah ini membuka mata kita tentang kepentingan menyediakan kemudahan dan bantuan yang mesra OKU.

Sebagai masyarakat, kita harus peka terhadap keperluan mereka dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan. Kepada pihak berkuasa, pastikan ada staf bertugas sehingga waktu operasi tamat untuk mengelakkan situasi sebegini berulang.


Scroll to Top