OLIMPIK: Belgium benam Australia

OLIMPIK: Belgium benam Australia

TOKYO: Belgium memenangi gelaran sulung mereka dalam acara hoki lelaki di Sukan Olimpik selepas menewaskan Australia 3-2 dalam penentuan dramatik penalti shoot-out apabila aksi final yang berlangsung hari ini, berkesudahan seri 1-1.

Kedua-dua pasukan terikat sepanjang permainan dengan penyerang Belgium, Florent van Aubel meletakkan Red Lions di depan pada suku ketiga perlawanan.

Australia bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan menerusi Tom Wickham pada suku keempat, sekali gus mengheret perlawanan ditentukan dengan pukulan penalti.

Namun, dalam penentuan itu, penjaga gol Belgium, Vincent Vanasch muncul wira selepas menyelamatkan tiga pukulan pemain Australia untuk membolehkan pasukannya meraih pingat emas.

Terdahulu, India meraih pingat gangsa selepas mencipta kemenangan 5-4 ke atas Jerman. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top