OLIMPIK: Tomala rangkul emas jalan kaki

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

SAPPORO, Jepun: Wakil Poland, Dawid Tomala memenangi acara jalan kaki 50 kilometer lelaki temasya Sukan Olimpik 2020 dalam keadaan cuaca yang panas di sini, sebentar tadi, hanya perlumbaan ketiga bagi jarak berkenaan sepanjang kariernya.

Atlet berusia 31 tahun itu mencatatkan masa 3 jam 50 minit dan 8 saat untuk meraih emas manakala wakil Jerman, Jonathan Hilbert berpuas hati dengan pingat perak, selepas ketinggalan 36 saat di belakang.

Wakil Kanada, Evan Dunfee merangkul gangsa dengan catatan masa 3:50:59 untuk sekali gus menyamai pencapaiannya pada Kejohanan Dunia di Doha 2019.

Suhu panas di sini mencapai tahap 33 darjah selsius ketika atlet memasuki pusingan jam terakhir dan meneruskan perlumbaan.

– AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd