Op Daddy: Polis tahan enam lagi individu

Op Daddy: Polis tahan enam lagi individu

KLANG – Polis menahan enam wanita warganegara tempatan berusia 21 hingga 36 tahun dipercayai pelaku seks dalam tangkapan kedua menerusi Op Daddy sehingga 20 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kesemua enam individu itu kini dalam tahanan reman bagi membantu siasatan individu-individu yang terlibat dalam penghasilan video seks.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengesan individu-individu yang dikehendaki dalam siastan kes ini.

“Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat dari Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Wangsa Maju di talian 012-512 0242,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu beliau hadir ke Town Hall Discussion Kesejahteraan Komuniti Kemakmuran Bersama di Persatuan Hokkien Klang.

Menurutnya, tiga individu yang ditahan dalam fasa pertama Op Daddy berusia 23 hingga 31 tahun telah didakwa di bawah Seksyen 372(1)(E) Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Jenayah 3 di sini pada 26 Januari lalu.

Sebelum ini, polis menahan seorang lelaki yang merupakan suspek utama pelaku seks dan pentadbir pemilik akuan Telegram serta dua wanita warganegara tempatan.

Jelasnya, salah seorang wanita itu adalah subjek utama merupakan pelaku seks manakala seorang lagi adalah pemilik akaun bank serta pentadbir akaun Telegram.

Sebelum ini, media melaporkan artikel bertajuk Bapa Ayam Meniaga Terang-Terangan Menggunakan Media Sosial menyatakan terdapat seorang individu mempromosikan aktiviti seks yang dirakam dan dijual untuk tontonan di platform Telegram pada 16 Januari lalu.

Sehubungan itu, satu kertas siasatan telah dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan, Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pada 16 Januari lalu. – MalaysiaGazette