Opai Berhabis RM4,000 Beli 4 Kg Daging Wagyu Untuk Buat Rendang

Opai Berhabis RM4,000 Beli 4 Kg Daging Wagyu Untuk Buat Rendang

Pempengaruh media sosial dan usahawan Aliff Awang atau dikenali sebagai Opai berkongsikan momen memasak rendang sempena Hari Raya Aidiladha.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Opai berkongsikan dia menggunakan daging wagyu gred A5 Miyazaki.

BACA: “Isteri Saya Pandai Gila Masak Lepas 3 Tahun” – Opai

@aliff_awang

Rendang wakyu

? original sound – Opai Alpiaw – Opai Alpiaw

Menurut Opai lagi, rendang tersebut dimasak bersama oleh ibunya, isteri tercinta serta pembantu rumah mereka.

“Ini rendang yang dibuat oleh ibu, isteri dan bibik saya. Mereka suruh beli daging, dan saya bagitahu ibu kita kena pakai daging wagyu.

“Hari ini kita akan gunakan A5 Miyazaki. Tapi ini bahagian tenderloin, dia tak berlemak macam ribeye.  Harga dia sekilo hari itu RM1,600. Tapi saya dapat potongan harga 50 peratus daripada kawan baik saya. Jadi, saya beli 4kg dalam RM4,000 lebih,” katanya.

Dalam pada itu, Opai turut meluahkan rasa syukur kepada Allah di atas rezeki yang dikurniakan.

“Allah berikan saya rezeki yang baik, isteri yang baik, ibu bapa yang sihat, anak saya pula pandai hafal Al-Quran,” katanya.


Scroll to Top