Operasi Carilamat bot karam masuk hari keenam

Operasi Carilamat bot karam masuk hari keenam

am@hmetro.com.my

Langkawi: Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) mangsa bot karam di perairan Malaysia-Thailand disambung semula pada hari keenam hari ini.

Menurut kenyataan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berkata, operasi Carilamat hari ini disambung pada jam 7.30 pagi.

Sehingga kini, lima agensi terbabit dalam operasi Carilamat yang membabitkan dengan empat aset Maritim Malaysia digerakkan iaitu KM Tenggol (OSC), Petir 81, Perkasa 1226 dan Benteng 07.

Selain itu, pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu pula menggerakkan dua aset iaitu PSC 19 dan PSC 23 manakala Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tiga aset iaitu KD Laksamana Mohammad Amin, FCB 1330 dan FCB 1331.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggerakkan satu aset iaitu bot Kevlar manakala Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pula menggerakkan satu aset iaitu satu bot aluminium.

Setakat ini, jumlah mangsa bot karam yang ditemui meninggal dunia seramai 28 orang manakala yang ditemui selamat manakala 14 orang ditemui masih hidup.

Berdasarkan maklumat cuaca, ketinggian ombak dilaporkan antara 1.5 hingga 2.5 meter manakala kelajuan angin sekitar 30 hingga 40 kilometer sejam dan ribut petir berlaku di beberapa kawasan.

Operasi Carilamat dilakukan susulan kejadian sebuah daripada tiga bot yang dipercayai membawa kira-kira 300 imigran karam berhampiran Pulau Tarutao, di perairan sebelum sempadan Thailand–Malaysia.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top