am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Susulan kecurian enam biji meja hingga menjejaskan perniagaan di gerai lempengnya, pelawak, Tauke Jambu menegaskan bahawa operasi perniagaannya masih berjalan seperti biasa walaupun dia perlu menggantikan meja dalam kuantiti yang lebih banyak di gerainya.
Tauke berkongsi, apabila dia datang ke gerainya pada Khamis lalu untuk berniaga, dia mendapati bahawa meja-meja di gerainya hilang.
“Itulah, saya datang gerai untuk buka gerai macam biasa, tapi tahu-tahu enam biji meja dah hilang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Walaupun begitu, Tauke atau pemilik nama Zamatul Amri Zakaria, 49, memberitahu masih ada beberapa meja yang boleh dipakai walaupun kuantitinya berkurang.
“Nasib baik ada lagi meja-meja yang boleh dipakai cuma bilangan meja di gerai dah kurang sedikit,” katanya.
Menurut Tauke dia bercadang menambah meja dengan kuantiti yang banyak pada masa akan datang.
Terdahulu, enam biji meja di gerainya, Pasir Penambang, Kuala Selangor didakwa dicuri oleh individu yang tidak bertanggungjawab pada Khamis lalu. Namun Tauke memilih untuk tidak memanjangkan isu terbabit dan berdoa agar si pencuri itu cepat kaya dan tidak lagi mengulangi perbuatannya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




