Operasi SAR remaja hanyut ketika cuba ambil bola disambung pagi ini

Operasi SAR remaja hanyut ketika cuba ambil bola disambung pagi ini

am@hmetro.com.my

Kajang: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja lelaki yang dihanyutkan arus ketika cuba mengambil bola di dalam longkang di Lorong 1/3A Taman Prima Saujana, di sini, disambung pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, operasi ditamatkan pada 12 tengah malam ini atas faktor keselamatan.

“SAR akan disambung jam 8 pagi ini untuk meneruskan usaha mencari remaja lelaki berusia 14 tahun itu,” katanya kepada pemberita di lokasi di sini pada Jumaat.

Terdahulu dilaporkan, kanak-kanak lelaki yang dihanyutkan arus ketika cuba mengambil bola di dalam longkang di Lorong 1/3A Taman Prima Saujana, di sini, hari ini ditemukan kira-kira dua kilometer (km) dari lokasinya terjatuh, malam ini.

Naazron dipetik berkata, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu ditemui di Sungai Merbau, Kampung Sungai Kantan di sini, jam 7.47 malam namun disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang, di sini, pada 10 malam ketika sedang mendapatkan rawatan.

“Seorang lagi mangsa iaitu remaja lelaki berusia 14 tahun yang juga abang kanak-kanak berkenaan dan turut dihanyutkan arus ketika kejadian masih belum ditemui.,” katanya.

Difahamkan, sebelum kejadian itu, dua beradik itu sedang bermain bola bersama beberapa rakan lain di padang berhampiran perumahan berkenaan sebelum dihanyutkan arus ketika cuba mengambil bola.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top