OPPO Reno14: Lebih Bersinar Dari Bunga Api Dengan Teknologi AI Terkini | Branded – Oh! Media

OPPO Reno14: Lebih Bersinar Dari Bunga Api Dengan Teknologi AI Terkini | Branded – Oh! Media

Siri OPPO Reno14 bukan sekadar telefon pintar biasa, ia adalah gabungan antara reka bentuk yang memukau, prestasi luar jangka dan kecerdasan AI yang mampu mengubah cara korang merakam, mencipta dan berkongsi momen dalam hidup.

Hadir dalam tiga pilihan OPPO Reno14 Pro, OPPO Reno14 dan OPPO Reno14 F, siri terbaru ini dicipta untuk mereka yang suka hasil cantik, kerja lancar dan gaya luar biasa.

AI Flash Photography: Tangkap Gambar Macam Ada Lighting Studio Sendiri

Ad 4nxfaetvni xbrpeyuqa1k6jiohnysl8ipc9ozwlpwdiet wucpjgo0dxubyhug4f5icqvmvgkqd3lrjjygrnnvulnt0vqpqt3w lxosu5o byx1aplukodyk1ko6zrdopdcz1ujoyg

Dengan slogan “Shine Brighter than Fireworks”, Reno14 Pro tampil dengan sistem kamera ultra-jelas yang kini dilengkapi dengan reka bentuk 3-flash eksklusif. Korang ada dua mod profesional iaitu Flash Mode dan Fill Light Mode, yang membolehkan korang ambil gambar malam dengan lebih terang, natural dan seimbang.

Apa yang best, kamera utama dan sudut lebar ada dual flash yang boleh cecah 120 lux pada jarak 1 meter dengan 2 kali lebih terang dari model sebelum ni. 

Kamera telefoto 3.5x pun ada fokus flash khas yang boleh sampai 70 lux pada jarak 2 meter, paling cerah dalam industri setakat ni!

AI Livephoto 2.0: Hidupkan Momen, Terus Kongsi di Instagram & TikTok

Fungsi ni memang kegemaran pencipta konten dengan teknologi Dual Exposure Fusion, korang boleh rakam aksi pantas dan detail halus dalam satu rakaman 3 saat dan terus tukar jadi Livephoto berkualiti tinggi sehingga 4K.

Nak post terus kat Instagram? Reno14 Pro merupakan telefon pintar Android pertama yang boleh buat macam ni Senang gila, tak payah convert manual.

AI Editor 2.0: Studio Dalam Tangan 

Lepas ambil gambar atau video, korang boleh terus edit dengan AI Editor 2.0, ada AI Recompose, AI Perfect Shot, dan AI Group Photo Composer. Tak kisahlah shoot solo ke, group photo ke, hasilnya tetap nampak pro.

Bila rakam vlog, semua kamera belakang (utama, ultra-lebar, telefoto) boleh rekod dalam 4K HDR dengan AI-enhancement.

Suara pun jelas sebab ada AI Vlog Voice Enhancer yang tapis bunyi sekeliling, tak kira kamera atau belakang, suara korang akan tetap jadi dominan.

Rekaan Iridescent Mermaid: Setiap Warna Ada Cerita

Ad 4nxdfvt0fjwgp5jlofjr 5 bvkuvcmtdfdwv eclefexaip  cxiyqalmjatzvtrwgv3o gyagwzyfpqmhjescwtgsu2r5mdwq2gr2tys7yx wavkotdzqffqxn5vavacowwdvjzg

Kalau korang jenis pentingkan gaya, siri OPPO Reno14 datang dengan Iridescent Mermaid Design yang unik dan eksklusif, tekstur baldu kaca halus memantulkan cahaya pelbagai warna dengan lebih halus dan mewah.

Ditambah dengan Iridescent Glow Process yang gunakan 12 lapisan ultra-halus untuk efek visual yang lebih kaya. Warna Opal White dan Opal Blue pasti buat korang paling outstanding dalam crowd~

EZGameEZShare: Gaming Tanpa Panas, Kongsi Tanpa Lag

Ad 4nxekkbz1qtoovpqkzywyipw6crajafc7jfflk9q0xdgjqqbd1wzkldxlbbyrpw1ebnqqrnruwsr6b1ppli18dm6aoy8b3qflnrjrpsu0p266ivljx3ec9 ept3pxe7ayequcmdw8

Untuk gamers, Reno14 Pro datang dengan cip MediaTek Dimensity 8450, pertama di dunia yang guna seni bina Cortex-A725 All Big Core.

Lebih menarik, cip ini turut dilengkapi dengan ruang cache L2, L3 dan sistem yang telah dipertingkat, membolehkan akses data yang lebih pantas tanpa bergantung sepenuhnya pada DDR RAM.

Hasilnya? Prestasi lebih laju dan efisien, dimantapkan lagi dengan rekaan cache termaju dari MediaTek. Korang boleh main game lama-lama dengan efisien (tanpa lag) dan tak perlu risau panas sebab ada AI Nano Dual-Drive Cooling System.

Nak tunjuk gameplay korang? Guna je fungsi AI Game Highlights dan Game Capture untuk rakam dan edit video dengan satu klik.

Pengiktirafan IP69: Tahan Air, Tahan Debu, Tahan Lasak  

Ad 4nxeisdxk dlenipv4n7yozymgc3f spgoklmvuopjc555fwik zintahgvcqqz7vx9x6uhhto0hyqlszofsihg14kblulre pogmnjp p5t5z djmmcvq2o 9air84p2o8pafuh2gq

Siri OPPO Reno14 bukan je cantik, tapi juga tahan lasak. Dengan rating IP69, korang boleh ambil gambar atau video bawah air (dalam kolam air tawar sedalam 2 meter, maksimum 30 minit).

Tekan Volume Up untuk ambil gambar, Volume Down untuk rakam video, dan Lock Screen key untuk keluar dari mod bawah air. Lepas tu, biarkan telefon kering sepenuhnya sebelum dicas.

ColorOS 15: Bukan Sekadar UI, Ini Asisten Peribadi AI Korang

ColorOS 15 pun bukan UI biasa-biasa. Ia dikuasakan oleh Trinity Engine dan Luminous Rendering Engine, pastikan telefon kekal lancar walaupun selepas penggunaan berat.

Fungsi seperti AI Super Toolbox bantu mudahkan multitasking, produktiviti, dan penyusunan kerja seharian.

Dah Sedia Nak Bersinar Lebih Terang?

OPPO Reno14 Series kini dibuka untuk pra-tempahan sehingga 12 Julai. Korang boleh dapat diskaun segera sehingga RM200 dan ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM2,396.

Rasai Sendiri Sinaran Siri OPPO Reno 14 Di Roadshow OPPO

Nak tengok dan rasa sendiri kehebatan Siri Reno14? Singgah ke roadshow eksklusif dari 2–6 Julai di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur.

Ad 4nxcywda4qvx1hiv6kf6kcgzdjtdzmzu peirz1i 8hsvzqd rc3xipgcjxxcqonhrom1ga6rqfjrnpanfoflzdjus rg84acw09p zb7ml3xagumyk82ttaogydqyhin0mnyhftu

Jangan lepaskan peluang untuk jumpa selebriti seperti Fugo, Bunga, Empty Page, Lin Min-Chen dan Phei Yong pada hari Sabtu, 5 Julai 2025.

Untuk info lanjut dan pra-tempahan, layari [LINK AKAN DIKEMASKINI]

Kalau korang nak telefon yang bukan sekadar cantik tapi juga penuh kuasa AI, kamera macam studio dan tahan segala cuaca, Siri OPPO Reno14 Series semestinya pilihan terbaik untuk korang!

Maklumat lanjut siri OPPO Reno 14, klik link di bawah:

OPPO Reno14 Pro 5G – https://bit.ly/OPPOReno14Pro 

OPPO Reno14 5G – https://bit.ly/OPPOReno14

OPPO Reno14 F 5G – https://bit.ly/OPPOReno14F

author avatar

Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Scroll to Top