Guys! OPPO baru saja lancarkan siri terbaru, Reno15, dan jujur cakap, lepas kami guna sendiri telefon tersebut, memang tak dinafikan ia adalah peranti yang terbaik setakat ini dalam pasaran.
Korang bayangkan, bukan setakat lengkap dengan operasi terkini, ColorOS 16 dengan Trinity Engine terbaru, malah ia juga dikuasakan oleh Snapdragon® 7 Gen 4 Mobile Platform serta mempunyai kadar segar semula 120Hz! Terbaiklah!
Tapi, kalau tanya kami, kamera siri OPPO Reno15 kali ini lebih padu, dengan pelbagai ciri dipertingkatkan dan mampu untuk saingi jenama lain tau. Tak percaya? Jom kami kongsikan!
Selfie Kini Lebih Mudah, Tanpa Perlu Banyak Effort
Korang tahu tak, hanya OPPO saja yang ada sudut pandangan 100° terluas dalam industri, menyokong 50MP Ultra Wide Selfie Camera mereka. Jadi, lebih ramai orang boleh masuk dalam satu frame selfie tau.

Bukan itu saja, siap ada Golden Angle 0.6x, dengan kesan rupa paras runcing semula jadi, untuk menangkap pemandangan atau latar belakang yang lebih luas.
Ia juga dilengkapi dengan Ultra-Clear Group Photo 2.0, menjadikan gambar jelas terperinci, tanpa herotan. Barulah confident nak muat naik di media sosial!
Ciri Popout Hadir Tepat Pada Waktu, Lupakan Aplikasi Lain Untuk Jadi Kreatif
Sekarang ni gambar popout seperti scrapbook dah jadi satu trend hangat antara pengguna, dan nak edit gambar seperti itu perlukan banyak effort betul tak?

Jadi, ciri Popout pada siri OPPO Reno15 kali ini hadir right on time! Korang dah boleh lupakan aplikasi lain, sebab ciri ini berupaya menghasilkan efek seolah-olah gambar melonjak keluar daripada bingkai tau.
Sesuai sangat untuk muatan seperti photo dump atau photo carousel, lebih banyak engagement sebab penonton akan skrol sehingga hujung gambar.
Pro tips untuk gambar tampak lebih outstanding, gabungkan beberapa Imej Gerak atau Imej Pegun, dan pastikan jumlah durasi Imej Gerak bagi mod Popout tidak lebih daripada 10 saat.
Gambar Lebih On Point, OPPO Level Up Ciri Telephoto Portrait
Keluaran kali ini hadir dengan 3.5x Telephoto Portrait Vibe beserta lensa 50MP(85mm), menjadikan gambar lebih tajam dan kesan fokus profesional sinematik, walaupun ditangkap pada jarak jauh. Seriuslah?!

Lagi best, ia juga dilengkapi dengan algoritma Telescope Zoom sehingga 120x, berupaya menangkap subjek lebih dekat terperinci, dan hasil gambar sangat on-point! Fuhh, siapa yang suka tangkap gambar portrait mesti dah tak sabar nak cuba kan?
Paling penting, Reno Portrait Engine pada siri ini dapat menjadikan tona kulit tampak lebih natural tanpa kesan AI melampau menerusi teknologi Nada Semulajadi.
Lawa Next Level, Gambar & Video Dapat Diperhalusi Dengan Ciri Lain
Kalau korang nak tahu, ada banyak lagi ciri lain yang dapat membantu menjadikan gambar atau video yang ditangkap tampak lebih lawa dan outstanding tau.

Antaranya, ciri AI Portrait Glow dapat mencerahkan gambar secara semula jadi, menjadikan gambar lebih lawa. Haa, kalau korang ada masalah dengan pencahayaan, guna saja ciri ini.
Selain itu, korang dah boleh padam subjek lain dalam gambar, untuk hasil ala-ala minimalist Pinterest dengan menggunakan ciri AI Motion Photo Eraser. Mudah dan pantas, barulah kemas!

Satu lagi trend hangat sekarang adalah video slow motion, dan korang boleh buat sendiri dengan tukar gambar biasa kepada video bergerak perlahan menggunakan AI Motion Photo Slow-Mo. Bestkan?
Untuk korang yang suka rakam video atau vlog, ciri 4K HDR Ultra-Steady dan Front Ultra Wide Portrait Video adalah combo yang cukup padu untuk hasil video berkualiti ala-ala profesional dengan warna sinematik. Haa, nak buat video musik arahan sendiri pun dah cun dah!
Tampak Elegan, Reka Bentuk OPPO Reno15 Juga Antara Highlight Utama
Selain ciri-ciri pada kamera, reka bentuk siri OPPO Reno15 juga menjadi salah satu highlight utama keluaran ini.

Reka bentuk unik Dancing Aurora menjadikan peranti ini tampak lebih elegan dan kemas, dengan tekstur 3D ukiran jutaan corak OPPO Glow yang sangat halus, memperlihatkan aurora bergerak apabila terkena pantulan cahaya. Unik kan?
Lebih unik, bahagian kamera belakang direka dengan Dynamic Halo yang mempunyai tekstur inspirasi daripada mozek, memberi kesan berkilau. Fuhh, nampak glam di situ!
Siri ini juga hadir dengan 3 pilihan warna yang akan menyerlahkan lagi aura korang seperti Aurora Blue, Aurora White dan Twilight Blue.
Bukan itu saja, dengan bezel tipis sekitar 1.6mm dengan skrin AMOLED 6.59 inci, ia menawarkan skrin yang lebih luas dengan nisbah skrin-ke-badan 93.4%. Siap dilengkapi kadar segar semula 120Hz lagi, barulah puas untuk guna setiap hari!
Paling penting, ia mempunyai penarafan IP69 yang dapat kalis air dan habuk.
Pengalaman Lebih Lancar, Operasi Kali Ini Dipertingkat
Kamera padu, rekaan lawa, ciri-ciri dalam peranti semua tip top, of course operasi pun kenalah mantap betul tak?
Kali ini, siri OPPO Reno15 lengkap dengan ColorOS 16 dengan Trinity Engine serba baru yang dapat memastikan prestasi telefon lebih lancar tanpa lag, walaupun banyak aplikasi dibuka pada masa sama. Bestnya!
Lagi padu, dengan adanya 6-Year Fluency Authentication, sistem peranti akan kekal lancar dan responsif, walaupun telah digunakan bertahun-tahun lamanya. Senang cerita, rasa macam baru beli!
Selain itu, AI Mind Space yang terdapat pada siri ini bertindak sebagai pembantu pintar, berupaya merancang perjalanan atau menyusun memori penting dengan lebih mudah dan pantas.

Haa, ciri ini kami yakin mesti ramai nantikan iaitu, O+ Connect, di mana korang kini dah boleh kongsi gambar atau video dengan pengguna iPhone, hanya Touch to Share. Sentuh peranti secara NFC, dan fail-fail akan dihantar serta-merta tanpa menjejaskan kualiti. Padunya!
Siri OPPO Reno15 juga menyokong Google Gemini dan Google Live di mana korang boleh dapatkan idea-idea bernas atau korang juga boleh berbual pada setiap hari, paling penting mudah diakses.
Lepas ni, korang dah tak perlu banyak effort untuk cas dan bawa powerbank sebab siri ini mempunyai bateri berkapasiti besar, 6500mAh dengan pengecasan pantas 80W SUPERVOOC™, membolehkan ia untuk tahan sepanjang hari. Ini yang kita mahukan!
Main Video Game Tanpa Gangguan!
Bateri dah tahan lama, kadar segar semula pun lancar, tahu tak apa yang lagi best untuk gamers di luar sana?
Siri OPPO Reno15 ini dikuasakan dengan Snapdragon® 7 Gen 4 Mobile Platform, dibina berasaskan proses 4nm serta AI Hyperboost 2.0, memberi pengalaman lebih smooth, di samping meningkatkan kecekapan tenaga untuk kawalan haba lebih baik.
Streamer di luar sana, korang confirm akan suka sebab ia lengkap dengan AI Game Capture 2.0, ciri rakaman permainan tahap sistem yang menjadi mercu tanda Reno, membolehkan korang merakam klip permainan video selama 15 saat atau 30 saat.
Selain itu, korang juga boleh tangkap foto gerak (Motion Photos) selama 3 saat, dan korang boleh pilih format berbeza untuk menyimpan dan memainkan semula detik permainan. Bestnya!
Nikmati Pengalaman Next Level Dengan Siri OPPO Reno15 Sekarang!
Jujur cakap, siri OPPO Reno15 ni memang keluaran terbaik setakat ini sebab ada banyak ciri bagus dan berbaloi sangat untuk dimiliki.
Jadi, korang tunggu apa lagi? Jom dapatkan siri OPPO Reno15 ini sekarang, kini tersedia di semua saluran pengedaran rasmi dan sah OPPO Malaysia dengan harga seperti berikut:
OPPO Reno15 Pro 5G (12GB + 512GB): RM2,999 dengan warna pilihan Aurora Blue and Dark Brown
OPPO Reno15 5G (12GB + 512GB): RM2,399 dengan pilihan warna Aurora White and Twilight Blue
OPPO Reno15 5G (12GB + 256GB): RM 1,999 dengan pilihan warna Aurora Blue and Aurora White
OPPO Reno15 F 5G (12GB + 256GB) dan (8GB + 256GB): RM1,599 dan RM1,499 dengan pilihan warna Aurora Blue, Twilight Blue dan Afterglow Pink.
Selain itu, OPPO juga melanjutkan tawaran istimewa, OPPO Watch S (harga asal dari RM799) sehingga 16 Januari 2026, di mana korang yang membeli OPPO Reno15 Pro atau OPPO Reno15 boleh memiliki OPPO Watch S terbaru dengan hanya RM99 saja. Bestnya!
Dalam pada itu, rasai sendiri pengalaman hands-on, menggunakan siri OPPO Reno15 ini di Experimental Roadshow, butiran seperti berikut:
Tarikh: 13 Januari hingga 18 Januari 2026
Masa: 10 pagi hingga 10 malam
Tempat: LG Floor, West Court, IOI City Mall, Putrajaya
Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang siri OPPO Reno15 ini, klik saja pada pautan tersedia:
OPPO Reno15 Pro: https://tinyurl.com/Reno15Pro
OPPO Reno 15: https://tinyurl.com/Reno15-info
OPPO Reno 15 F: https://tinyurl.com/Reno15F
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi OPPO, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk sebarang update terkini
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.




