Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini, selari dengan penilaian semasa terhadap prospek pertumbuhan dan inflasi negara.
BNM berkata, kadar siling dan lantai koridor OPR adalah sama dikurangkan masing-masing kepada 3.0 peratus dan 2.5 peratus.
© New Straits Times Press (M) Bhd