“Orang Nak Kata Suara Saya ‘Ke Laut Biru’ Pun Saya Tak Kisah”

“Orang Nak Kata Suara Saya ‘Ke Laut Biru’ Pun Saya Tak Kisah”

Pelakon Zarina Zainuddin tampil berani melancarkan lagu terbaharu berjudul Pulut Kuning ciptaannya sendiri meskipun pernah dikecam mengalunkan selawat Tafrijiyyah kerana sumbang.

Memetik BH Online, Zarina berkata dia tetap positif serta melihat komen netizen sesuatu yang menghiburkan dan kelakar. 

BACA: Saya Nak Ajak Orang Berselawat, Tak Semestinya Perlu Suara Sedap”

“Saya baca juga komen netizen, memang kelakar sampai saya pun tergelak. Tak mengapalah, saya fikir positif saja. Orang nak kata suara saya ‘ke laut biru’ pun saya tak kisah… yang penting saya dapat promosikan perniagaan.

“Mana-mana komen negatif tu saya abaikan sahaja sebab saya tahu bukan semua orang boleh terima apa yang kita buat,” katanya.

Sementara itu, Zarina berkata idea untuk menghasilkan lagu berkenaan sudah lama dipendam berikutan kos produksi  mencecah RM15,000.

Namun, dia dapat merakamkan lagu tersebut di Brunei dan meluahkan rasa syukur dapat membuat lagu untuk mempromosikan perniagaannya menjual pulut kuning.

“Kawan-kawan dan pengurus studio pun banyak membantu. Saya bersyukur akhirnya dapat juga buat lagu untuk bisnes saya ini,” katanya.

Sumber: BH Online


Scroll to Top