Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim meluahkan rasa kesal apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab menabur fitnah dengan memuat naik hantaran mengatakan rumah tangganya sedang goyah.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Ryzal memuat naik tangkapan skrin muat naik sebuah akaun Facebook ‘Kisah Benar’ memaparkan laporan berita palsu mengatakan perkahwinannya seolah sedang diuji.
“Maryam menangis, rupanya sudah setahun pendam, ini yang berlaku antara dia dan suami,” tulis tajuk yang tertera di hantaran itu.
Tidak berdiam diri, bapa anak satu ini tampil menyelar tindakan individu berkenaan yang dipercayai sengaja menulis berita palsu dengan harapan orang ramai akan menekan link yang tertulis di hantaran tersebut.
“Awak nak berniaga Shopee sekalipun jangan sampai fitnah rumah tangga orang sebagai modal untuk tarik pembeli. Sesetengah orang mungkin tak tekan link itu tapi kebanyakan akan baca tajuk dan buat andaian sendiri.
“Kalau pun kandungan berita itu benar, maka awak dah dapat dosa mengumpat dan kalau tak betul dapat dosa fitnah.
“Dan ingatlah Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Huzaifah: Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba),” tulisnya.

Sebelum ini, Ryzal Ibrahim menerima kritikan hebat selepas mengeluarkan kenyataan ‘double meaning’ terhadap isteri dan juga anaknya.
Malah, isterinya, Maryam turut menerima tempias ekoran kenyataan lucah suaminya dek isu tersebut.
Artikel Berkaitan: Lafaz Kenyataan ‘Double Meaning’ Terhadap Anak & Isteri, Ryzal Ibrahim Dikritik Buat Lawak Lucah
Artikel Berkaitan: Selepas Kenyataan Lucah Ryzal Ibrahim Dikecam, Individu Dakwa Maryam Durian Kimchi Sombong?




