Otak tengah serabut, wanita berhijab bangga tunjuk minum air tin beralkohol

Otak tengah serabut, wanita berhijab bangga tunjuk minum air tin beralkohol

Setiap orang mempunyai masalah tersendiri. Cara bagaimana seseorang itu mengendalikan masalah mereka biasanya menjadi salah satu solusi untuk menyelesaikan kekusutan tersebut.

Menerusi video yang tular di media sosial, seorang wanita berhijab telah mengalami mental breakdown dan memilih melakukan perkara yang kurang baik untuk dirinya sendiri.

Tahu air tak halal

Menerusi video tersebut, dia telah membuat siaran langsung di TikTok dengan menyatakan yang dirinya berada dalam keadaan serabut sambil meneguk minuman yang non halal.

Dia juga dengan bangga mengakui tahu minuman tersebut tidak boleh diminum oleh umat Islam selepas dimaklumkan oleh netizen yang meninggalkan komen di live berkenaan.

@xtraajose

mungkin dia tgh stress, kita doa yg baik²tapi cara healing tu salah #nur666 #nur666eksiden #pemandumabuk

♬ original sound – aku adalah lelaki – aku adalah lelaki

Berdasarkan video seterusnya di akaun TikTok xtraajose itu, wanita berkenaan telah mengatakan yang dirinya terlibat dalam kemalangan ketika masih bersiaran langsung.

@xtraajose

kadang² org tegur utk kebaikan,semoga allah beri petunjuk#nur666eksiden #nur666 #fyp

♬ original sound – aku adalah lelaki – aku adalah lelaki

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan wanita terbabit kerana seakansudah terbiasa dan bangga apabila menelan air yang sememangnya diletakkan di bahagian tidak halal di pasaraya.

Mereka juga memerli wanita itu kerana memilih melakukan perkara yang dilarang agama daripada mendekatkan diri kepada Maha Pencipta ketika dilanda masalah.

 

Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang penjelasan daripada wanita itu mengapa dia bertindak sedemikian rupa. Diharap setiap perkara yang ingin dilakukan dapat difikirkan sebaik mungkin lebih-lebih lagi jika sudah mempunyai keluarga.

Sumber: TikTok xtraajose