Ozlynn Waty Sebak Kenang Nasib Azar Azmi- “Mak Tak Makan Tak Mengapa, Jangan Anak-Anak”

Ozlynn Waty Sebak Kenang Nasib Azar Azmi- “Mak Tak Makan Tak Mengapa, Jangan Anak-Anak”

Pelakon yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio popular, Johan iaitu Ozlynn Waty mengaku berasa sebak apabila mengetahui situasi yang menimpa rakannya yang juga aktres, Azar Azmi.

Kata ozlynn menerusi hantaran balas di ruangan komen seorang pengguna Threads, selain memahami masalah yang dihadapi rakannya, sebagai seorang ibu kepada enam orang cahaya mata, dia juga tidak sanggup melihat anak rakannya itu tidak dapat menikmati makanan kegemarannya.

“Yang ada anak sahaja akan faham.

“Mak tak makan, tak mengapa… jangan anak-anak,” katanya.

Terdahulu, Azar mendedahkan rakan industri, aktres Ozlynn Waty adalah individu yang sempat dihubunginya sebelum tiga hari ditangkap reman.

Menerusi podcast sembang seram dikendalikan oleh Safwan Nazri, Azar menyifatkan Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan itu sebagai insan yang membantu dan mendengar detik hitam yang terjadi dalam hidupnya.

Artikel Berkaitan:“Kalau Suami Nak Murah Rezeki Jangan Kedekut Dengan Isteri” – Ozlynn Waty

Artikel Berkaitan:“Kalau Suami Nak Murah Rezeki Jangan Kedekut Dengan Isteri” – Ozlynn Waty

Artikel Berkaitan:“Dia Bagi Sikit Zakat, Anak Dapat Makan Ayam Goreng…” – Tiga Hari Sebelum Direman, Azar Azmi Sebak Kenang Kebaikan Ozlynn Waty

Artikel Berkaitan:Azar Azmi Nafi Guna RM40,000 Sumbangan Aliff Syukri Untuk Ikat Jamin Suami, Fokus Bayar Hutang Cecah Ratusan Ribu Ringgit

Artikel Berkaitan:“Kalau Saya Terangkan Pun Mereka Akan Cakap Saya Pelakon Mampu Berlakon” – Azar Azmi Pertahan Diri, Malas Ambil Pusing Tuduhan Tak Jaga Anak Tiri

Scroll to Top