Pablo Amirul Akui Banyak Kekurangan, Syukur Kehadiran Dr Hana Bantu Jadi Individu Lebih Baik

Pablo Amirul Akui Banyak Kekurangan, Syukur Kehadiran Dr Hana Bantu Jadi Individu Lebih Baik

Pelakon, Pablo Amirul meluahkan rasa syukur memiliki insan istimewa seperti kekasih hatinya, Dr Hana Rose

Menerusi perkongsian di Threads, Pablo atau nama lengkapnya, Amirul Hisyam Mohd Sakri, 40, mengakui kehadiran Dr Hana mengakui banyak membawa perubahan positif dalam hidupnya.

“Berkongsi kenangan yang perlu sahaja untuk perkongsian di sini. Mengenali insan istimewa ini banyak mengubah kehidupan sebelum ini. Setiap pengalaman berbeza, yang pasti mematangkan dari yang sebelumnya,” katanya.

Dalam masa sama, Pablo berkata dia menyedari masih banyak yang perlu kekurangan diri yang perlu diperbaiki namun tetap bersyukur mempunyai kekasih sebaik Hana yang merupakan seorang doktor estetik.

“Diri ini sedar banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Hanya mampu ucap syukur dan menghargai setiap hari,” katanya.

Sebelum ini, Pablo berkata hubungan cintanya bersama Dr Hana sudah mendapat restu daripada keluarga dan dalam perancangan untuk membina rumah tangga.

Scroll to Top