Pablo Amirul Cadang Tiket Wayang Bawah RM10 Untuk Tarik Orang Ramai Tonton Filem

Pablo Amirul Cadang Tiket Wayang Bawah RM10 Untuk Tarik Orang Ramai Tonton Filem

Pelakon Pablo Amirul menyokong pandangan pengarah Razaisyam Rashid tentang cabaran untuk menarik penonton ke pawagam.

Menerusi hantaran di Threads, Pablo memberi cadangan untuk menurunkan harga tiket filem tempatan bawah harga RM10 untuk menggalakkan lebih ramai penonton.

BACA: Pablo Amirul Sah Bergelar Suami Dr Hana Rose

“Digital platform antara penyumbang dan dah sampai masa wayang caj mahal-mahal kembalikan wayang bawah RM10.

“Confirm ramai pergi layan dan bezakan harga filem luar bagi mahal. Kalau sama harga sah-sah orang layan filem luar,” tulisnya.

Terdahulu, pengarah filem Tarung iatu Razaisyam meluahkan mengenai cabaran yang perlu dilalui untuk melalui penonton ke pawagam.


Scroll to Top