Sejak semalam, video mengenai seorang guru yang dipercayai mengangkat dan mencampak anak muridnya di sebuah tadika telah tular dan mendapat kecaman daripada banyak pihak.
Pada laporan sebelum ini, ada makluman mengatakan bahawa guru yang melakukan kekerasan tersebut adalah guru praktikal dan sudah diberhentikan serta-merta.
Walaupun kenyataan berkenaan betul, namun cerita sebenar adalah guru praktikal itu diberhentikan kerana merakam tindakan guru tetap yang mencampak kanak-kanak di tadika.
Hal ini susulan terdapat satu komen daripada seorang pengguna Instagram yang mendakwa dirinya adalah guru praktikal yang diberhentikan.
Ia dijelaskan lagi oleh satu laman Facebook milik salah seorang bapa pelajar sekolah tadika berkenaan yang dikenali sebagai Sheikh al Fariq.
Lelaki itu memaklumkan rakaman tersebut dibuat untuk laporan bagi diserahkan kepada pihak universiti sebagai bentuk laporan praktikal.
Guru praktikal itu hanya merakam secara tidak sengaja dan menganggap video tersebut biasa sahaja sebelum tunangnya menularkan rakaman terbabit.
Menurut yang komen yang ditinggalkan itu lagi, guru yang melakukan kekerasan adalah guru tetap dan dia tidak dibuang.
Susulan daripada video berdurasi 10 saat itu, pihak polis telah menerima laporan dan memulakan siasatan.
Menerusi Kosmo, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, keterangan telah dilakukan semalam oleh wanita berusia 22 tahun itu bagi melengkapkan siasatan selepas laporan dibuat oleh ibu kepada kanak-kanak tersebut.
“Siasatan turut mendapati wanita itu merupakan guru tetap dan bukan praktikal.
“Dia telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini. katanya.
Sumber: My Kuala Langat, Kosmo, Sheikh Al Fariq