Hubungan percintaan model dan pempengaruh jelita, Ameera Khan dan aktor Indonesia, Jefri Nichol didakwa telah terlerai.
Dakwaan tersebut mula tercetus selepas ada individu mendakwa pasangan tersebut sudah saling tidak mengikuti di laman media sosial Instagram (IG) masing-masing.
Bukan itu sahaja, Ameera yang juga adik kepada selebriti dan usahawan, Noor Neelofa ini juga dipercayai telah memadam semua foto dan video romantis bersama Jefri.
Bagaimanapun, Jefri masih menyimpan foto-foto bahagia ketika bersama Ameera.
Sebelum ini, Ameera mendedahkan dia tidak kisah menonton filem Jakarta vs Indonesia yang memaparkan babak ‘panas’ atau mempunyai ‘explicit content’ Jefri.
Kemesraan dan keakraban antara Ameera dan Jefri meraih perhatian terutamanya selepas tular beberapa foto mereka di media sosial.
Nama Jefri hangat menjadi sebutan selepas membuat pengakuan pernah meniduri lebih 20 orang wanita selain turut curang dengan pasangannya.
Terdahulu, Ameera dan Jefri didakwa pernah bercinta namun hubungan itu dikatakan telah terputus selepas mereka saling tidak mengikuti di Instgaram sekitar Oktober 2021.
Namun, mereka kembali digosipkan bercinta selepas Ameera menerima panggilan video daripada Jefri pada penghujung Mac lalu.