Padam Foto Di IG, Tindakan Amy Search Undang Spekulasi

Padam Foto Di IG, Tindakan Amy Search Undang Spekulasi

Tiada angin, tiada ribut tindakan penyanyi rock legenda, Datuk Amy Search memadam foto miliknya di platform Instagram mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat.

Meskipun bertindak sedemikian, namun akaun tersebut masih boleh diakses oleh umum.

Malah, berdasarkan pemerhatian XTRA, kandungan foto dan video milinya di platform media sosial lain seperti Facebook dan TikTok masih tersedia.

Terdahulu, pada Selasa, pihak peguam mewakili Amy atau nama penuhnya, Suhaimi Abdul Rahman, 67, iaitu Datuk Reza M memaklumkan pihaknya telahpun menghantar notis tuntutan saman (LOD) kepada penyanyi, Shila Amzah susulan kontroversi tular bulan lalu membabitkan mereka.

Menurut peguam yang mewakili pelantun lagu Isabella itu, pihak peguam yang mewakili Shila sudah ambil maklum dan meminta sedikit waktu untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, butiran lanjut mengenai tuntutan saman yang dibuat penyanyi rock legenda itu tidak dapat dikongsikan kepada umum.

Untuk info, sebelum ini Shila mendakwa dirinya menjadi mangsa serangan penyanyi rock legenda ketika hadir pada sesi latihan konsert Julai lalu.

Dakwanya, tindakan mengherdik dihadapan krew terlibat membuatkan dirinya berasa anxiety sekaligus bertindak membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Scroll to Top