Pempengaruh media sosial, Ameera Khan menjadi perhatian ramai apabila dilihat memadam gambar bersama kekasihnya, Jefri Nichol di Instagram.
Bukan itu sahaja, gambar bersama Ameera juga dilihat sudah tiada di Instagram milik pelakon Indonesia itu juga sekaligus mencetuskan tanda tanya netizen.
BACA: “Sejak Bersama Ameera, Saya Lebih Suka Duduk Rumah, Tak Keluar Malam”

Menerusi perkongsian di Threads, netizen turut mempersoalkan adakah pasangn itu sudah putus cinta kerana tiada gambar bersama di media sosial masing-masing.
Malah, kedua-duanya juga saling tidak mengikuti di Instagram dan ada netizen membuat spekulasi bahawa Ameera kini sudah single.
Terdahulu, Jefri berkata meskipun menjalin hubungan jarak jauh namun mereka sering berhubung menerusi panggilan telefon dan seandainya panggilan terputus, mereka akan telefon semula.




