Padam Semua Foto Berhijab DIi IG, Natasha Hudson Kongsi Semula Petikan ‘Masyarakat Cepat Menghukum’ Raih Tumpuan

Padam Semua Foto Berhijab DIi IG, Natasha Hudson Kongsi Semula Petikan ‘Masyarakat Cepat Menghukum’ Raih Tumpuan

Penampilan terkini pelakon dan model, Natasha Hudson menjadi sorotan dan tumpuan ramai susulan tindakannya yang telah memadam semua foto berhijab di Instagram miliknya.

Meskipun terus ‘membisu’ dan mengunci mulut berhubung penampilannya kini yang sudah membuka hijab, namun Natasha dilihat tetap aktif di Instagram Story (IGs).

Menerusi perkongsian di IGs miliknya, Natasha berkongsi semula petikan yang mengisahkan tentang masyarakat gemar menghukum lebih-lebih lagi mengenai perubahan seseorang yang dikaitkan dengan keagamaan.

Hantaran tersebut seolah-olah memberi jawapan kepada keputusannya yang dipercayai memilih untuk tidak lagi berhijab.

Bagaimanapun, Natasha telah menutup ruangan komen di setiap hantarannya di IG.

Sehingga kini, masih tiada sebarang respons daripada Natasha berhubung isu tersebut.

Sebelum ini, Natasha berkongsi semula kisah perjalanannya berhijrah yang penuh jatuh bangun sejak sedekad lalu.

Terdahulu, penampilan Natasha menjadi bualan ramai selepas tidak lagi mengenakan hijab sejak 2022, bahkan selebriti ini juga pernah berniqab sekitar 2016.

Namun begitu, dia dilaporkan kembali memakai hijab pada Julai 2025, namun tindakannya baru-baru ini memadam semula foto berhijab menimbulkan persoalan ramai.

Artikel Berkaitan: “Kembali Dari Jiwa Yang Kosong” – Natasha Hudson Throwback Kisah Hijrah Ketika Hati Mula Terbuka Pakai Khimar

Scroll to Top