Padang Stadium Nasional rosak balik angkara konsert Coldplay?

Padang Stadium Nasional rosak balik angkara konsert Coldplay?

Tangkap layar keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang dikongsikan Tunku Ismail. – Foto Instgram hrhcrownprinceofjohor

RUMPUT padang Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) dikatakan kembali rosak selepas berlangsungnya konsert kumpulan Coldplay, pada Rabu.

Ia selepas pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkongsi gambar padang stadium tersebut yang kelihatan bertompok akibat kering dan rosak.

Tunku Ismail tidak menulis sebarang kenyataan pada gambar yang dikongsinya itu namun dipercayai ia adalah keadaan terkini padang SNBJ selepas digunakan untuk konsert band berasal dari United Kingdom (UK) itu.

Konsert tersebut mendapat sambutan hangat apabila 75,000 peminat membanjiri SNBJ.