Kalau kereta sendiri tiba-tiba disimbah cat sampai nampak teruk, memang siapa pun boleh naik angin. Lagi-lagi kalau kos baik pulih bukan murah dan pelaku pula tak dikenalpasti.
Itulah yang dikongsikan seorang wanita di Threads apabila dia meluahkan rasa marah selepas mendakwa keretanya telah disimbah cat epoxy oleh individu tidak bertanggungjawab.
Kereta didakwa disimbah cat epoxy
Menerusi hantaran yang tular, wanita itu memuat naik beberapa gambar memperlihatkan keadaan kereta berwarna merah yang dipenuhi kesan cat pada bahagian cermin hadapan dan badan kereta.

Dia turut meluahkan rasa geram terhadap individu yang didakwa melakukan perbuatan tersebut dan berharap pelaku tampil memohon maaf serta menggantikan kos kerosakan.


Namun, tidak lama selepas itu, wanita berkenaan dilihat membuat satu lagi hantaran seolah-olah menjelaskan situasi sebenar di sebalik kejadian tersebut.

Dalam hantaran itu, dia mengakui dirinya bersalah kerana meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya, namun tetap tidak dapat menerima tindakan individu yang merosakkan hartanya.
Netizen dakwa ada plot twist
Perkongsian itu kemudian menjadi lebih hangat selepas seorang pengguna Threads lain tampil membuat rumusan mengenai situasi berkenaan.
Menurut pengguna tersebut, isu itu didakwa bermula apabila pemilik kereta terbabit sering meletakkan kenderaan di atas jalan dan pernah diberi teguran secara lisan sebelum ini.

Hantaran itu turut disertakan dengan gambar sebuah kereta merah yang kelihatan diparkir di kawasan jalan, dipercayai bagi menunjukkan kedudukan kenderaan terbabit sebelum isu tersebut menjadi tular.
Walaupun ramai netizen dilihat tidak menyebelahi wanita itu selepas dia mengakui tersilap parkir, masih ada yang berpendapat tindakan merosakkan harta orang lain tetap tidak boleh dijadikan penyelesaian.
Pssttt! Dalam situasi macam ini, memang mudah untuk orang ramai cepat menghukum. Namun, apa pun puncanya, salah parkir tetap salah dan khianat harta orang pun tetap salah. Kalau ada masalah dengan jiran atau pengguna jalan lain, sebaiknya selesaikan melalui cara yang betul. Tegur dengan baik, buat aduan kepada pihak berkuasa atau ambil jalan undang-undang. Jangan sampai kerana emosi, dua-dua pihak akhirnya rugi.
Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




