“Pak Cik Beriktikaf Itu Abah Saya, Dia Baca Al-Quran Sambil Tunggu Waktu Dhuha ” – PU Azhar

“Pak Cik Beriktikaf Itu Abah Saya, Dia Baca Al-Quran Sambil Tunggu Waktu Dhuha ” – PU Azhar

Lelaki tular yang dihalau keluar dari surau baru-baru ini merupakan bapa kepada pendakwah dan personaliti televisyen terkenal, PU Azhar Hilmi.

Menurut PU Azhar, dia kesal apabila bapanya diperlakukan sebegitu memandangkan ayahnya hanya melakukan rutin hariannya seperti biasa.

Katanya, iktikaf di dalam surau selepas menunaikan solat subuh merupakan amalan biasa bapanya sehinggalah selesainya waktu dhuha.

“Hari ini tular satu video seorang pak cik sedang duduk beriktikaf dalam surau di Halaman 11, itu abah saya.

“Seawal pagi, abah ke surau untuk solat subuh. Lepas solat, macam biasa abah akan duduk sekejap, baca al-Quran sambil tunggu waktu dhuha. Dah selesai solat sunat dhuha, baru dia akan gerak balik.

“Tapi pagi itu, datang seorang wanita dipercayai dari pengurusan dan terus halau abah keluar dari surau,” katanya.

Perkara itu dikongsi PU Azhar menerusi hnatran di laman Facebook miliknya.

Tidak habis disitu, dia juga kurang senang apabila wanita terbabit bertindak merakam bapanya secara terbuka.

Memandangkan bapanya pada ketika itu hanya duduk diam, membaca al-Quran dan menunggu waktu dhuha.

“Lebih menyakitkan, dia siap rakam video abah secara terbuka seolah-olah abah ni buat salah besar. Tak ada adab. Tak ada ihsan. Tak ada rasa hormat.

“Rasa geram dan sakit hati bila tengok video tu.

“Abah saya bukan tidur dalam surau. Bukan buat bising. Bukan ganggu sesiapa. Dia cuma duduk diam, baca al-Quran, tunggu waktu dhuha lepas tu nak balik. Tapi inilah yang berlaku.

“Kalau beginilah layanan kita terhadap orang tua yang datang ke rumah Allah, apa yang tinggal pada kita sebagai masyarakat?” jelasnya.

 

Scroll to Top